Buletin Online | | | |
Ditulis oleh SM Noor | |
Tuesday, 01 April 2008 | |
![]() ![]() Beliau berkata isu berkaitan ‘Monsoon Cup’ pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti pada Julai tahun lalu yang menyatakan bahawa penganjuran ‘Monsoon Cup’ adalah membazir dan tidak menguntungkan. Beliau berkata walaupun beliau baru mewakili DUN Bukit Tunggal, banyak rungutan dan luahan yang beliau terima menyatakan tidak puas hati terhadap pembangunan Pulau Duyong. Beliau berkata beberapa projek yang dilaksanakan bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan malah menyusahkan mereka. Antara lain menurut beliau adalah pembinaan Marina, pembinaan Kelab Teluk Warisan, apartmen dan kedai di pinggir sungai. “Pembinaan Marina sudah lama siap tetapi tidak kapal layar yang berlabuh, ”lokasi itu asalnya adalah tempat nelayan menambat bot, sekarang tidak ada tempat bagi nelayan untuk menambat bot,” kata Dr. Alias. ![]() Selain itu beliau berkata rakyat tempatan tidak mendapat faedah langsung dari pembinaan Kelab Teluk Warisan. Justeru, beliau berkata kerajaan baru dibawah pimpinan Ahmad Said digesa memanggil satu siasatan dan membentangkan hasil siasatan kepada rakyat memandangkan isu Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong telah lama diperkatakan.(Foto: kawasan alur sempi) Projek Monsoon Cup, Pembangunan Pulau Duyong, Pulau Wan Man dan Masjid Kristal adalah projek-projek besar yang dimaksudkan oleh Menteri Besar yang baru untuk dikaji semula. Semua projek-projek tersebut terletak didalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal. |
0 comments:
Post a Comment