+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 6, 2008

Amaran usah anjur demonstrasi bantah minyak naik

Mstar Online

05-06-2008 07:47:15 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS


SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar jangan mengambil bahagian dalam demonstrasi haram bagi membantah kenaikan harga bahan api yang diumumkan semalam.

Kata beliau, demonstrasi bukan sahaja tidak menyelesaikan sebarang masalah, malah mereka yang terlibat menghadapi kemungkinan diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram.

"Masalah kenaikan harga minyak adalah fenomena seluruh dunia melibatkan semua negara tidak kira negara pengeluar atau tidak. Kita sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani masalah ini, bukan dengan mengadakan demonstrasi.

"Kita sepatutnya tunjukkan kepada dunia bahawa kita berjaya menangani masalah ini tanpa menggugat keamanan dan ketenteraman di negara ini," katanya kepada pemberita di samping perhimpunan tidak rasmi ahli Majlis Tertinggi Umno di sebuah hotel di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis telah diarahkan agar mengambil tindakan mengikut lunas-lunas undang-undang.

"Jika buat demonstrasi, tidak ada permit, maka ia perhimpunan haram. Polis akan terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang," tegasnya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai jangan terpengaruh dengan usaha pihak-pihak tertentu yang mengajak mereka mengikuti demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

Syed Hamid juga membidas parti-parti pembangkan yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan semalam.

Katanya, parti-parti pembangkang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan sama-sama membantu kerajaan menangani masalah itu demi kesejahteraan rakyat.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |