+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 6, 2008

Lagi demo bantah harga minyak

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 6, 08 5:11pm

Satu lagi demonstrasi kecil membantah kenaikan mendadak minyak diadakan di hadapan sebuah masjid di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya sejurus selepas solat Jumaat hari ini.

petrol price hike protest kg dato harun 060608 09Demonstrasi aman itu - keempat diadakan seluruh negara sejak semalam - yang dianjurkan oleh Angkatan Muda (AMK) PKR bahagian Petaling Jaya Selatan (PJ selatan) disertai lebih kurang 50 orang.

Ia disertai ahli parlimen PJ selatan, Hee Loy Sian, timbalan ketua bahagian tersebut Shariffudin Budin dan wakil AMK bahagian Mahhrul Ismail.

Demonstrasi lebih kurang 15 minit bermula 2 petang, sejurus orang ramai selesai menunaikan solat, turut menarik perhatian ahli kariah dan pengguna jalan raya. Kira-kira 60 orang lagi menyaksikan perhimpunan tersebut.

petrol price hike protest kg dato harun 060608 03Hee mengajak rakyat menukar kerajaan BN dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Adakah kita berpuas hati?" katanya. "Mari tumbangkan kerajaan."

Shariffudin (foto bawah) turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1 sejak kelmarin, dengan mengangkat satu keratan akhbar The Star hari ini kepada orang ramai.

"Apakah tanda ini? Kalau tak turun harga petrol, rakyat akan turunkan kerajaan," katanya, sambil mengangkat keratan berita 'Shahrir: Why now and not in August'

"Kita membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga minyak."

Datuk Shahrir Samad, menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna, menjadi sasaran kritikan kerana beliau sebelumnya dilaporkan berkata kenaikan dijangka menjelang Ogos.

Sepanduk-sepanduk yang dijulang dalam perhimpunan itu, antaranya, 'Pemimpin munafik berkata... tiada kenaikan minyak untuk tahun ini?', 'Kerajaan Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak 24 jam', 'Undilah BN untuk kenaikan harga minyak' dan 'Tahniah! Kepada pengundi BN, inilah hadiah untuk anda'

Ditemui selepas itu, Shariffudin berkata demontrasi itu bertujuan melihat reaksi awal daripada penduduk di situ.

Wajah penduduk di situ memang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, tambahnya.

Satu lagi demonstrasi kecil dianjurkan di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Semalam tiga demonstrasi membantah kenaikan mendadak harga minyak diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kuching.

Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi bagi membantah harga bahan bakar itu, lapor Bernama.

Timbalan ketua polis negara Datuk Ismail Omar, dalam kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak sedang merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi di seluruh negara.

"Tujuan demonstrasi ialah untuk membantah kenaikan harga petrol dan diesel. Di sini saya ingin menegaskan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |