+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, June 14, 2008

Jelaskan cara kira harga minyak naik

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Friday, 13 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/uht.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

KUALA TERENGGANU – Apa yang berlaku ini membuktikan dengan jelas kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani masalah global berhubung kenaikan harga minyak dan diesel, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, tindakan kerajaan menaikkan kadar harga yang begitu tinggi bagi kedua-dua bahan api itu adalah secara tergesa-gesa seolah-olah kewangan kerajaan sedang berada dalam keadaan genting.

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang begitu tinggi ini sangat membebankan rakyat keseluruhannya dan Kerajaan Pusat seperti tidak mempunyai perancangan bagi mengatasi masalah kewangan negara ketika ini,” katanya.

Sinar Harian kelmarin menyiarkan desakan Pas supaya diadakan persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak yang ternyata membebankan rakyat adalah perlu dan bertepatan dengan kehendak semasa.

Walaupun menyedari kenaikan harga minyak di peringkat global berada pada tahap tinggi tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kerajaan menaikkan harga petrol melebihi 30 peratus lebih-lebih lagi negara ini ialah negara pengeluar minyak yang penting.

Menurut Harun, tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak pada kadar yang sangat tinggi ini terpaksa diambil walaupun tindakan tersebut akan mengundang dan menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, hal ini bukan sahaja golongan rakyat berpendapatan rendah akan merasai beban kesan kenaikan harga bahan api ini, malah golongan berpendapatan tinggi pun akan turut terjejas sama ekoran kenaikan harga yang terlalu tinggi ini.

“Kerajaan sepatutnya melakukan pendekatan yang lebih berhemah bagi menjaga kebajikan rakyat sekali gus mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat nanti.

“Kerajaan perlu memberi kenyataan yang lebih komprehensif untuk memperjelaskan sebabnya harga minyak terbabit naik dan ini perlu dilakukan dengan menunjukkan cara pengiraan yang berkaitan untuk memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |