+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, June 13, 2008

Nik Aziz cetus cadangan gaji dua kali sebulan empat tahun lalu

Harakahdaily

Lanjusoh

Thu | Jun 12, 08 | 8:55:14 pm MYT

KOTA BHARU, 12 Jun (Hrkh) � Cadangan kerajaan persekutuan bagi membayar gaji dua kali sebulan sebenarnya sudah lama dicetuskan Menteri Besar Kelantan.

Malah kerajaan negeri sudah membuat kajian mengenai cadangan tersebut dan ia didapati agak kurang sesuai kerana memerlukan kakitangan lebih ramai dan menyukarkan dari aspek pentadbiran.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan mengenai perkara itu empat tahun lepas dicetus kerana memikirkan cara meringankan bebanan kakitangan kerajaan.

�Bagaimanapun selepas dikemukakan kepada pegawai, mereka menjelaskan pelaksanaan agak sukar kerana ia memerlukan lebih ramai lagi kakitangan untuk melaksanakan tugas tersebut.

�Selain itu banyak lagi kesulitan lain yang bakal dihadapi. Jadi ekoran timbul masalah tersebut menyebabkan cadangan saya itu belum lagi dapat dilaksanakan di Kelantan,� katanya pada persidangan media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos depan.

Menurutnya langkah itu dibuat bagi membantu kakitangan awam mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kenaikan harga bahan api.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya ada pihak lain yang mampu melaksanakan gaji dua kali sebulan beliau turut menyokongnya.

Ditanya konsep Islam Hadhari yang ditolak kerajaan Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat katanya, Kelantan tidaklah sampai mahu mengharamnya.

�Biar pun saya tahu Islam Hadhari adalah karut namun saya lebih suka menjawabnya kembali dengan fakta-fakta dan nas-nas al Quran.

�Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan Iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,� ujarnya.

Beliau juga bimbang suasana dalam negara tidak akan menjadi aman lagi kerana kehidupan rakyat semakin terdesak sekarang ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Menurutnya, tidak boleh ditolak kemungkinan akan berleluasa gejala mencuri, merompak dan pelbagai lagi perlakuan jenayah kerana kehidupan rakyat semakin tertekan.

Oleh itu katanya adalah menjadi hak rakyat untuk berdemontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak bagi menyatakan masalah mereka.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan elaun wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sejak lebih 18 tahun lalu kerana memikirkan kebajikan rakyat perlu diutamakan.

�Saya sendiri kalau hadir pada mesyuarat lembaga anak-anak syarikat milik kerajaan negeri meminta pegawai memotong 50 peratus elaun yang diperuntukkan kepada saya,� ujarnya.

Kelmarin Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong elaun bulanan sebanyak 25 peratus untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan parti serta rakyat. - mj _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |