Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Aug 28, 08 6:27pm |
Seperti yang diduga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang mudah dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam. Ini ditambah pula dengan majoriti yang lebih besar daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. ![]() Tuduhan liwat, pengkhianat Melayu dan negara, rasuah gila kuasa yang dibuat oleh pemimpin Umno, ditolak mentah-mentah oleh pengundi Permatang Pauh. Anwar mendapat 31,195 undi, manakala calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Ia sekaligus menunjukkan bahawa usaha BN, khususnya Umno, untuk menguburkan karier politik Anwar gagal. Sebaliknya, keputusan pilihanraya itu menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak pernah luntur. Sewajarnya pemimpin Umno yang bermulut celupar, khususnya Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, merasa malu kerana serangan-serangan peribadi ke atas mantan timbalan perdana menteri itu, sedikitpun tidak diterima pengundi. ![]() Pengundi atas pagar Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengarah pilihanraya BN, saban malam berada di Permatang Pauh bersama pemimpin-pemimpin lain. Malangnya, pengundi Permatang Pauh langsung tidak mahu mendekati ceramah pemimpin Umno, menyebabkan ia lenggang kerana tiada sambutan. Serangan-serangan oleh bekas orang kuat, Anwar seperti Ezam Mohd Noor dan Datuk S Nalakarupan, juga bagaikan peluru kertas sahaja. Sebaliknya, ceramah Anwar dihadiri bukan sahaja oleh penyokongnya tetapi juga pengundi atas pagar dan kaum India serta Cina setiap malam. ![]() Petugas parti juga bergerak pantas setiap hari untuk membahagikan risalah untuk menjawab apa juga serangan Umno terhadap Anwar. Dalam pilihanraya kali ini, penekanan Anwar terhadap Malaysia baru, iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, lebih diterima oleh rakyat berbanding politik perpaduan oleh BN. Kemenangan besar Anwar itu memberikan peluang yang baik untuknya mengotakan janjinya untuk mengambilalih pemerintahan pada 16 September depan. Laluan ke Putrajaya Mungkin masih ramai berpandangan sinis tetapi jika diperhatikan kepada pengaruh Anwar yang tidak pernah surut, ia seharusnya menerbitkan rasa gerun kepada Umno itu sendiri. Rakyat Permatang Pauh telah membuktikan mereka tidak lagi percaya kepada Umno walapun para pemimpinnya mendendangkan bahawa parti keramat itu begitu berjasa kepada orang Melayu dan negara. Apa yang mereka perlukan ialah politik yang lebih adil, pemimpin yang berwibawa dan dipercayai yang boleh membawa negara dan rakyat yang lebih makmur dan dihormati dunia. ![]() Mulai hari ini, tiada lagi mana-mana pihak yang boleh memandang rendah kepada Anwar. Pagi ini, mantan timbalan perdana menteri telah telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat. Pagi ini juga, seperti yang telah dipersetujui oleh anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, Anwar turut dilantik sebagai ketua pembangkang. Dan laluannya menuju Putrajaya, seperti yang dilaung-laungkan kepada penyokongnya, kini terbuka luas. |
Tuesday, September 2, 2008
Jalan berliku tokoh PKR ke Putrajaya
Posted by
Sang Pemantau
at
5:39 PM
Labels: DSAI, malaysiakini, parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment