+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, November 14, 2008

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$50 setong

Utusan Online

LONDON 12 Nov. - Harga minyak mentah hari ini diniagakan di bawah paras AS$58 (RM207.64) setong buat pertama kali dalam tempoh 20 bulan berikutan jangkaan permintaan yang berkurangan.

Menurut penganalisis, keadaan pasaran yang tidak menentu, boleh menyebabkan harga minyak terus jatuh sehingga AS$50 (RM179) setong.

Minyak mentah berkualiti tinggi New York Light Sweet bagi penghantaran Disember berada pada paras terendah AS$57.90 (RM207.28) jatuh sebanyak AS$1.43 (RM5.11) sebelum meningkat semula untuk berada pada harga AS$58.40 (RM209.07) setong.

Pada sesi dagangan sebelum ini, harga pasaran jatuh AS$3.08 (RM11.02) kepada AS$59.33 (RM212.40) setong, paras terendah sejak 20 bulan lalu.

Minyak mentah Brent North Sea jatuh AS$1.20 (RM4.29) kepada AS$54.51 (RM195.14) setong.

''Kebimbangan terhadap keadaan kemelesetan ekonomi semakin buruk dari hari ke hari telah menjadikan pasaran semakin menurun.

''Permintaan terhadap minyak semakin merosot dari minggu ke minggu,'' kata Penganalisis Kanan Minyak di MF Global, Rob Laughlin.

Penganalisis menjangkakan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) akan menurunkan unjuran permintaan dalam laporan bulanan pasaran minyak yang akan diterbitkan Khamis ini.

''Saya menjangkakan IEA terus mengkaji untuk menurunkan unjuran permintaan tenaganya.

''Jumlah baru pengeluaran daripada China dan Jepun sepatutnya membantu harga berada pada aliran meningkat,'' kata Ketua Penyelidik Komoditi di Credit Suisse Singapura, Tobias Merath.

Sementara itu, sumber Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkata, pertubuhan itu bakal mengurangkan lagi pengeluaran minyak sehingga sejuta tong sehari pada pertemuan di Algeria pada bulan hadapan.

OPEC pada bulan lalu, telah mengurangkan pengeluaran sehingga 1.5 juta tong sehari bermula 1 November selepas kejatuhan mendadak harga minyak.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |