bernama
PANTAI REMIS, 16 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.
" Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450.
Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Apa Khabar Orang Kampung' di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.
Katanya selain itu, pembinaan 74 jalan luar bandar yang tertangguh akibat kenaikan kos bahan binaan juga akan disiapkan dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.
" Kita juga akan siapkan jalan kampung di bawah Projek Jalan Kampung sepanjang 1,600 kilometer bagi kemudahan penduduk dan 200 buah Taska bagi menyediakan pendidikan kualiti tertinggi kepada generasi muda," katanya.
-- BERNAMA
Monday, November 17, 2008
RM525 Juta Pakej Rangsangan Ekonomi Diguna Bina Rumah 15,000 Keluarga Miskin Tegar, Kata Muhammad
Posted by
Sang Pemantau
at
12:05 AM
Labels: bela rakyat, bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment