Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu. Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid. Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid. "Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid. "Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi. "Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya. Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor. "Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?” "Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya. Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka. "Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi. Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor. "Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC. "Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya. |
Wednesday, April 21, 2010
Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam.
Posted by
Sang Pemantau
at
9:22 AM
Labels: cerita teladan, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment