+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, March 31, 2008

'Saya kerap jadi nombor dua'- Mat Said

Kosmo


AHMAD (kanan) memeluk Idris selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengaku beliau sentiasa menjadi orang nombor dua kepada Datuk Seri Idris Jusoh sejak zaman mereka di universiti lagi.

Justeru, beliau akan sentiasa merujuk kepada Idris dalam menjalankan tugas barunya walaupun sudah bergelar Menteri Besar menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh itu.

Sambil mengimbas zaman belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dahulu, Ahmad memberitahu, Idris lebih menonjol kerana pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa selain mendapat anugerah pelajar terbaik.

Pada waktu itu beliau pula hanya pelajar biasa dan menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa USM selepas dua tahun Idris menjadi Presiden.

"Beliau tetap sahabat yang saya kagumi dan sentiasa mendahului saya dalam apa bidang pun,'' katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tugas Menteri Besar yang turut dihadiri Idris di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahmad juga akan meneruskan projek-projek pembangunan yang telah dirancang oleh Idris kerana ia berguna kepada rakyat.

Pada masa yang sama, beliau mengajak pemimpin dan rakyat Terengganu kembali bersatu.

"Lupakan apa berlaku, sekarang masa kita laksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat,'' katanya.

Idris pula enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya mahu wartawan mengajukan semula soalan kepada Ahmad yang duduk di sebelahnya pada sidang akhbar tersebut.

Mereka berdua kemudian ke tingkat 16 wisma berkenaan yang menempatkan pejabat Menteri Besar untuk perbincangan ringkas secara tertutup kira-kira 10 minit.

Terdahulu, Ahmad, 51, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Maziah, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan menyokong pelantikannya

Kesemua 22 ADUN yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya, menghadiri majlis itu.

Sementara itu, Ahmad berkata, senarai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka dapat dimuktamadkan minggu depan.

Ditanya sama ada ia akan melibatkan banyak muka baru, Ahmad memberitahu, ia juga belum diputuskan lagi.

"Itu saya tidak boleh komen lagi kerana kita masih berbincang. Saya juga akan berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan pihak-pihak lain sebelum senarai barisan exco dimuktamadkan,'' katanya.

Ahmad, yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Terengganu dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari USM, mula menyandang kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum 1990.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 setelah tewas di tangan calon Pas, Mehamed Sulong dengan majoriti 264 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, Ahmad merampas semula kerusi DUN Kijal apabila menewaskan Mehamed dengan majoriti 3,496 undi.

Pada pilihan raya umum 8 Mac yang lepas, beliau berjaya mengekalkan kerusi berkenaan selepas mengalahkan calon Pas, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi.

Ahmad pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kemaman dan Setiu, sebelum menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Read More...

Post Mortem Keputusan PRU-12 : Kaum India Paling Tinggi Peralihan Undi

Buletin Online



Ditulis oleh SM Noor
Monday, 31 March 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita/postmortempru12a.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Searangan polis keatas kuil Hindu di Batu Caves)

Marang, 30 Mac – Kajian Keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 lalu menunjukkan peralihan undi kaum India merupakan peralihan yang paling besar iaitu sebanyak 37%.

Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Muhamad Sabu didalam ceramahnya di perkarangan masjid Rusila kelmarin

The image “http://buletinonline.net/images/berita/postmortempru12b.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Beliau berkata hasil dari penerangan media alternatif, laman web dan blogger telah menyebabkan perubahan undi kaum Cina berubah sebanyak 35%, manakala perubahan undi yang paling rendah adalah dikalangan undi Melayu iaitu hanyalah 5% sahaja.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kemenangan Barisan Alternatif(BA) banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor luar, yang menyebabkan peralihan undi tersebut.

Antaranya adalah kelemahan pentadbiran Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikenali sebagai Perdana Menteri yang suka tidur.

Beliau berkata faktor Khairy Jamaludin, menantu Perdana Menteri yang mana perangai, sikapnya, cara hidupnya yang mewah dan tuduhan-tuduhan penyelewengan serta projek-projek yang dimiliki oleh Khairy menyebabkan rakyat bangkit menolak Barisan Nasional.

The image “http://buletinonline.net/images/berita/postmortempru12.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Selain itu, beliau berkata, peranan dan kekasaran pasukan polis terutama dalam mengendalikan peristiwa Hindraf.

”Mereka pukul, mereka katok, mereka sembur gas, air beracun dan sebagainya terutama kedalam kuil Hindu di Batu Caves,
”ini menimbulkan kemarahan seluruh orang India, Hindu di Malaysia ataupun diluar Malaysia,

”demonstari-demonstrasi terhadap tindakan pasukan polis Malaysia berlaku di New York, di London, di merata bandar oleh kaum Hindu, dan ini menyebabkan hampir semua orang India marah” kata Muhamad Sabu

Faktor jenayah yang meningkat juga merupakan faktor luar yang telah menyebabkan peralihan undi. Namun jenayah yang meningkat, berlaku keatas orang Melayu tidak banyak mengubah undi orang-orang Melayu.

Read More...

Perak: Adun DAP keluar parti

kelatedaily

Dilulus Oleh:wahdah| Monday, March 31 @ 16:05:52 MYT

Negeri Perak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India.

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.

"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu pembohongan kepada masyarakat India di Perak," katanya dalam surat tersebut.

Di majlis angkat sumpah Sabtu lepas, hanya seorang wakil DAP A. Sivanesan (Sungkai) dilantik sebagai exco.

Tindakan Sivasubramaniam memberi goncangan besar kepada negeri pakatan pembangkang itu yang memerintah dengan kelebihan tiga kerusi sahaja, 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Malaysiakini mendapat satu salinan surat tersebut.


Berikut teks lengkap:

(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng)

Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari parti
Sivasubramaniam a/l Athinarayanan


Adalah merujuk perkara di atas,

Sehubungan dengan pengumuman seperti di atas, saya dengan ini meletakkan semua jawatan yang saya menjawat selama ini dalam parti termasuk keluar dari parti.

Saya mengambil keputusan ini berdasarkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan pengerusi DAP Perak.

"DAP tidak menghormati suara Makkal Sakti"

Agihan kerusi ahli exco kerajaan negeri kepada dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh pengerusi Perak sebelum ini. Keputusan ini adalah satu tamparan besar dan juga penipuan kepada masyarakat kaum India di negeri Perak.

Kemenangan parti DAP pada pilihanraya yang lepas adalah melalui suara Makkal Sakti.

Kemenangan saya di kawasan Buntong pada pilihanraya ke-12 adalah satu mandat dan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat kaum India (Makkal Sakti) di kawasan yang saya tandingi.

Satu ketika kubu kuat Barisan Nasional. Kemenangan saya adalah kemenangan rakyat kawasan Buntong, saya tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak.

"Divide and rule"

Justeru dengan pengumuman ini segala keputusan yang saya ambil dalam surat ini adalah muktamad.

Sekian.

(tanda tangan)
Sivasubramaniam

Salinan kepada: Ngeh Khoo Ham, pengerusi DAP Perak

Read More...

Terengganu - Projek besar dikaji semula



Ahmad Said terharu sambil memeluk Idris Jusoh (kiri) selepas melafazkan sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di Istana Maziah, Kuala Terengganu semalam.– Gambar Fauzi Baharudin


KUALA TERENGGANU 30 Mac - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said memberi jaminan kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan beberapa projek besar di negeri ini sekiranya ia benar-benar dianggap tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, pentadbiran baru akan memastikan hanya projek yang dirasakan benar-benar bermanfaat akan diteruskan manakala yang dianggap tidak berfaedah akan digantikan dengan projek lain.

‘‘Insya-Allah, saya akan lihat keseluruhan senario pembangunan Terengganu terlebih dahulu dan akan teliti keperluan utama rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.

‘‘Kita akan meneliti apa yang mereka hendak daripada kerajaan, bukan kita beri pada rakyat apa yang kita rasa ada dan boleh beri.

‘‘Contohnya, kita ada projek pembangunan yang hebat tetapi akhirnya rakyat menolak. Itu tiada makna dan pembangunan yang dijalankan tidak datangkan manfaat kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di Kampung Teluk Kalong.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut projek yang dimaksudkan kerana ia dalam penelitian.

Antara projek dan program pembangunan yang sedang dijalankan di negeri ini ialah pembinaan kompleks sukan di Gong Badak, penambakan laut di muara Sungai Terengganu, Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam dan acara Monsoon Cup.

Menurut Ahmad, dalam menjayakan pembangunan, hubungan timbal balik antara kerajaan dan rakyat amatlah perlu.

Beliau juga akan melihat secara keseluruhan mana-mana projek yang boleh dan tidak untuk diteruskan.

Katanya, ini penting bagi memastikan projek yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat dijalankan.

‘‘Kita akan kaji kembali dan digantikan dengan projek lain. Terangkan kepada rakyat. Mana projek kita rasakan tak sesuai, tak menguntungkan rakyat, kita tidak teruskan,” katanya.

Ahmad menjelaskan apa yang tidak betul selama ini adalah kerajaan hanya melaksanakan projek, tetapi rakyat tidak memahami apa-apa di sebalik pelaksanaan projek itu.

‘‘Kita juga hendak tahu apa jua pembangunan yang dapat faedah pada rakyat dan rakyat pula ucap terima kasih dan sebagai ucapan terima kasih itu, mereka terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

‘‘Itu yang kerajaan hendak. Bukan kerajaan buat, rakyat pula tidak tahu apa-apa,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai Menteri Besar, Ahmad berkata, beliau menganggapnya sebagai satu amanah yang terpaksa dipikul.

Katanya, ini penting untuk memastikan kesinambungan dapat berjalan dengan sempurna dan rakyat tidak terpaksa tunggu begitu lama untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menjalankan amanah terhadap mereka.

Read More...

Mahathir tuduh Abdullah hancurkan masa depan lima parti komponen BN


Harakahdaily

Mohd Sabri Said & Saiful Lizan
Mon | Mar 31, 08 | 3:34:24 pm MYT

GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghancurkan lima parti teras semasa pilihanraya umum lepas bilamana kesemua parti seperti Umno, MCA, MIC, Gerakan dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Ketika berucap di majlis anjuran Persatuan Melayu Tanjung di Hotel Searaton, Jalan Macalister beliau berkata, sungguh memalukan apabila PM begitu terburu-buru mengadakan pilihan raya terlalu awal dan dalam situsi tidak selamat bagi BN mengekalkan kuasa.

"Saya katakan kalah dalam menang sebab walaupun dapat membentuk kerajaan tetapi ianya kurang dua pertiga yang membolehkan sebarang undang-undang dibentuk menerusi keputusan kabinet," ujarnya.

Katanya, satu lagi faktor kekalahan BN ialah Perdana Menteri begitu lemah tiada andaian sendiri sebaliknya lebih percayakan orang di bawahnya yang menyembunyian banyak kelemahan.

Mahathir berkata beliau percaya untuk menyakin semula rakyat supaya kembali kepada BN akan memakan masa.

Ini kerana, rakyat makin bijak berfikir setelah didera dengan kemelut dalaman parti dan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Jika perkara ini berlaku di era kepimpinan Dato' Onn Jaafar atau Tengku Abdul Rahman tentu mereka malu dan tidak mustahil bertindak meletakan jawatan.

"Apa boleh buat setiap langkah yang dilakukan, ada orang lain yang aturkan. Macam inikah yang dinamakan pemimpin yang memimpin negara, "ujarnya yang disambut tepukan orang ramai.

Kesan terlalu menekan rakyat menyebabkan rakyat buka mata dan memilih kerajaan lain yang dianggap lebih baik.

Padahal Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), PAS dan DAP mempunyai seribu macam masalah.

Katanya, sikap 'yes man' untuk mendapatkan habuan juga antara faktor kejatuhan BN baru-baru ini kerana ramai yang menyembunyikan kelemahan.

"Bila Perdana Menteri tanya kepimpinan yang ada mereka kata OK boleh buat pilihanraya kerana situasi selamat buat kita. Individu sebegitulah yang merosakan parti dan kerajaan," ujarnya.

Sekarang ini yang lantang bersuara adalah golongan yang kalah dalam pilihan raya umum, yang tidak dilantik menggagotai kabinet dan yang tidak lantik sebagai calon manakala yang lain tutup mulut bimbang dicop dengan label yang menakutkan. - mr

Read More...

Isu MB Terenganu: “Comedy of Error” Yang Memalukan

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

AHMAD Said yang pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu dianggap “bercanggah dengan perlembagaan” oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengangkat sumpah jawatan.

Dia berbuat demikian di hadapan Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Beberapa hari lampau, Abdullah dengan lantang berkata tindakan melantik orang lain selain daripada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan” – unconstitutional.

Serentak itu Ahmad Said “dipecat” daripada Umno dan 22 ADUN Umno yang “menyokong’ Abdullah dan “mahukan” Idris mengumumkan pemulauan majlis mengangkat sumpah Ahmad Said sambil mengancam akan meletakkan jawatan.

Sekonyong-konyong, sekitar Rabu lalu, Abdullah mengubah rentak dengan mengumumkan penerimaan pelantikan Ahmad Said. Seolah-olah tidak ada apa yang terjadi, dia mengumumkan isu itu selesai.

Hari ini, turut hadir di hadapan Putera Mahkota Terengganu yang berusia 10 tahun itu adalah 22 ADUN Umno yang sehingga tiga hari lalu enggan menyokong pelantikan Ahmad Said.

Inilah cerita kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir apabila yang diberi mandat dan amanah gagal menggunakan akal, kebijaksanaan, pengetahuan dan budi bicara.

Dengan izin, “comedy of error” ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.

Walaupun pada amalannya Perdana Menteri boleh memberi nasihat dan pandangan, kuasa melantik Menteri Besar adalah di tangan Raja. Raja boleh melantik sesiapa sahaja yang pada pandangan Baginda mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Akibat tindak-tanduk Perdana Menteri dan para penasihatnya itu, perkara berikut telah berlaku:-

1. Kerajaan Negeri Terengganu lewat ditubuhkan. Ia sepatutnya berlaku pada 10 Mac;

2. Hubungan antara Istana dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan Pusat tercemar;

3. ADUN Umno Terengganu dijadikan bahan percaturan yang merendahkan martabat mereka dan mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu;

4. Tidak fasal-fasal mereka dituduh “kurang ajar,” “biadab” dan “derhaka” kepada Raja;

5. Akhirnya mereka terpaksa menelan ludah sendiri kerana terlalu taasub kepada pemimpin walaupun dia ternyata silap; dan

6. Memberi modal percuma kepada pari-parti lawan bagi memesatkan lagi propaganda mengenai keangkuhan, kelemahan dan kecelaruan kepemimpinan Umno.

Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga “kehilangan” Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.

Dr Mahathir yang berucap di mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjung (Permata) meneruskan rayuannya kepada ahli dan pemimpin Umno agar menukar kepemimpinan parti demi menyelamatkan Umno daripada ditolak secara mutlak oleh orang Melayu.

Sementara itu, berikut adalah ulasan saya dalam blog Dr Mohd Khir Toyo (http://www.drkhir.blogspot.com/):

“ Sdr Dr Khir,

Selamat datang ke dunia blog. Tahniah. Mungkin ini permulaam merawat Umno yang sedang sakit teruk.

Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara rakyat. Orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.

Tindak tanduk para pembesar Umno sejak akhir tahun 2003 telah menyedarkan orang Melayu bahawa Umno tidak boleh lagi diubati dari dalam.

Para pembesar Umno tidak lagi mendengar suara hati orang Melayu. Mereka mendengar suara bisikan nafsu mereka dan konco-konco mereka.

Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku.

Tetapi para pembesar Umno terlalu sibuk mendengar kata manis anak mentantu dan konco-konco mereka sehingga membuatkan rakyat benci.

Umno kalah teruk kerana orang Melayu sudah benci. Sudah jelak diperkotak-katikkan.

Terima kasih kerana kini mahu mendengar. Jadilah Ketua Pembangkang yang berwibawa di dalam DUN Selangor dan lakukan perubahan dalam Umno.

Mencium keris, meneriakkan slogan dan menyokong kepemimpinan yang lemah akan memburukkan penyakit Umno.

Jangan biarkan penyakit Umno menjadi penyakit terminal yang membawa maut.

Terima kasih.”


Read More...

Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!

1426.blogspot

Saturday, March 29, 2008

Unlike previous years, I did not receive a pair of VIP tickets to Dubai World Cup this year. It could be the person that used to invite me had returned to UK and his successor does not know me. Well, I may have missed those glamorous hats as I am not into horse racing.


Gulf News reports that the entire racing world will be watching today as the best horses on the planet face off in a battle to claim the honour of winning the sport's richest race.

Reputations are made and broken on the turf of Nad Al Sheba, venue for the world's richest race meeting. The moral fibre of the world's best thoroughbreds is put to the test in March every year. This is the site for them to meet and push each other's engines to the limit. The perfectionists refer to it as horsepower.

This is the setting in which unsung novices try to achieve instant notoriety. This is the turf where legends bid to endorse their reputations further. This is the racecourse where owners and trainers gather aiming to get their hands on a share of the huge purse, which at $6 million (Dh22.5 million) is the highest on offer.
Saturday 29 March, as every March, is the day which has been equated by some to an equine world summit. And all roads lead to the vibrant, pulsating, progressive city of Dubai that will host the rest of the world with a seven-card race menu. Each contest promises the best and is closely intertwined with the spirit of Dubai, which believes in taking ownership of nothing but that, which is unparalleled.

It is no small wonder, and in keeping with the quality race field, that the bookies are forecasting a new track record in the feature race today.


Blink and you will miss it.


Equally, the World Cup is not just a race meet. It is an extension of the dreams and aspirations of the emirate and its inhabitants. The realisation of one such vision will be the birth of the world's first racing city, Meydan, in 2009. Dubai showcases the best that is on offer. The speed of its growth is equivalent to that of the 13 magnificent animals who will try to be on top of the world today.
What Monsoon Cup?

Well, did I mention about comparing Dubai World Cup to Pak Lah's Terengganu Monsoon Cup? Idris Jusoh or Patrick Badawi or Khairy, or whoever related to Pak Lah had claimed arrogantly the annual yatch race was watched by billions of people around the world. It costs wang ehsan about RM300 million to run.

How come there was not even a single news on Monsoon Cup here?

I can guesstimate that even billed as world's richest race, Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!



orangkita -
korang paham tak??? kalau paham.....lu pikir la sendiri....
dubai world cup ni lumba kuda je...tapi world class punye beb...kos penganjuran untuk acara yang berprestij ni, lagi murah dari monsoon cup yang dianjurkan oleh kerajaan Derih bersama Pak Lah tiap2 hujung tahun tu. Siap dia kata kat Dubai nun takde pun cerita pasal monsoon cup. Hehehe...kira syok sendiri la ni....janji masyuk!!!!rakyat jugak yang menganga tengok kapal layar tengah panas....apa dapat???habuk pun tarak.....memang betul la suruhanjaya yang mengkaji integriti monsoon cup ni cakap, penganjuran ni memang membazir. Tak bermanfaat untuk rakyat. Tapi, masa tu kerajaan pimpinan Derih Jusoh ni menafikan semua tu. Kononnya memberi keuntungan kepada kerajaan dan rakyat. Hujah yang diberikan cukup dangkal.
orangkita berharap, MB baru Mat Said ni tolongla....tolong perbetulkan semula apa yang dikatakan derih ni "memahat sejarah, mencipta tamadun" ni. Memang betul pun Derih Jusoh ni dah memahat sejarah di Terengganu. Semoga MB baru ni tidak membiarkan rakyat Terengganu terus menganga melihat kapal layar, belalah mereka. Berikan kesejahteraan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM 300 juta untuk penganjuran piala yang sia-sia ini. Cukupla untuk memahat sejarah yang memberi luka kepada orang Terengganu. Gunakanlah peluang Dato' jadi MB untuk membela nasib rakyat Terengganu. Ingat!!!Tiada halangan, hanyalah peluang........
Tapi, sempat ke Dato' Ahmad???Insyaallah...sempat....Wallahualam.....

Read More...

Khir Toyo penulis blog




kosmo

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) kini menjadi seorang penulis blog.

Laman blog beralamat www.drkhir.blogspot.com itu sebagai salah satu saluran untuk Mohamad Khir menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan campuran di negeri itu.

Menurut Mohamad Khir, ia juga diwujudkan supaya setiap permasalahan rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang sebahagian besarnya ditumpukan kepada tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor,'' katanya di sini semalam.


orangkita -

tahniah buat dr khir.....harap2 dr khir dapat bagi info yg bermanfaat dan telus dalam memberi jawapan yang ditanya di dalam blog dr nanti. Selamat berblog.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |