+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, March 31, 2008

Pemuda PAS hantar memorandum kecam filem 'Fitna'

Harakahdaily

Nyza Ayob | Foto Safarizal \ Wan Zahari

Mon | Mar 31, 08 | 3:25:32 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.

ImageFilem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor ImageKehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi.

Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara.

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya.

Sementara itu, dalam pertemuan singkat sewaktu penyerahan memorandum tersebut, Luc Schillings berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Geert Wilders di atas tindakannya menyiarkan filem tersebut.

Beliau mengharapkan dalam tempoh terdekat, kerajaan Belanda akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam.

ImageKatanya, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu.

Dalam pada itu jelas Salahudin, sebagai 'kerajaan yang sedang menunggu' katanya, PAS sedang berusaha untuk membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf.

Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut. - mks.

Read More...

ISA: Samy Vellu 'talam dua muka'

Malaysiakini

Mar 31, 08 8:11pm

Desakan presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu semalam agar lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai sikap "talam dua muka."

"Tuntutan Samy untuk membebaskan lima tahanan ISA itu tidak jujur dan berbau politik," kata pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh.

"Sekiranya Samy Vellu berprinsip dan jujur membuat tuntutan (itu), maka sepatutnya kenyataan mendesak mereka dibebaskan telah dilakukan dulu lagi sebelum pilihanraya umum ke-12 ataupun semasa 20 tahun beliau menjadi salah seorang menteri kabinet.

"Beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan untuk membebaskan semua tahanan ISA tanpa mengira kaum."

Sambil mengalu-alukan kenyataan Samy Vellu, GMI menegaskan akta itu bertujuan politik BN untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

bm lima tahanan hindrafSamy Vellu menggesa dua pemimpin Hindraf dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.

Bekas ahli parlimen Sungai Siput itu juga mendakwa beliau bertemu isteri-isteri dua tahanan itu.

Bagaimanapun isteri Manoharan, kini wakil rakyat DAP di Kota Alam Shah, hari ini menafikan pernah mengadakan perbincangan dengan presiden MIC.

Menurut laman web The Star Online hari ini, S. Pushpaneela berkata "saya tidak pergi dan bertemu Samy Vellu."

"Kenapa sekarang, sedangkan beliau boleh mendesaknya dulu lagi," katanya, sambil menambah jika memerlukan bantuan, beliau (Pushpaneela) akan merujuk pengerusi DAP, yang juga peguam terkenal, Karpal Singh.

Semalam, bekas menteri kerja raya itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

Bernama hari ini memetik kenyataan terbaru Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bahawa kelima-limanya yang dihukum selama dua tahun tidak akan dibebaskan.

Read More...

KDN tidak berganjak keputusan tahanan Hindraf

mstar online

31-03-2008 02:40:18 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berganjak daripada keputusan mengekalkan penahanan lima pemimpin pertubuhan haram Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mendesak supaya mereka dibebaskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Samy Vellu berhak menyuarakan apa yang diperjuangkan oleh MIC, namun tindakan terhadap golongan itu adalah berdasarkan proses yang diiktiraf undang-undang.

"Tugas saya ialah menentukan apa juga isu yang dibuat, bukan satu keputusan berasaskan keputusan saya, tetapi berasaskan proses-proses yang diiktiraf undang-undang dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman di sini, Isnin.

Ini lawatan pertamanya ke situ sejak dilantik menerajui kementerian itu pada 18 Mac lepas.

Ahad lalu, Samy Vellu berkata beliau akan bertemu Syed Hamid Albar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi bagi meminta kerajaan membebaskan pemimpin-pemimpin Hindraf itu.

Ditanya adakah wajar Samy Vellu menyuarakan perkara tersebut, Syed Hamid beliau berkata sebagai ahli politik, Presiden MIC itu berhak untuk menyuarakan perkara itu.

"Tapi kita mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik," katanya. BERNAMA

Read More...

Permintaan MIC tidak wajar: Ali Rustam

Berita Harian

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menganggap tidak wajar permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kepada kerajaan agar membebaskan lima anggota kumpulan Hindraf yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, ini kerana kes mereka ada kaitannya dengan tindakan menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.

"Pemimpin mesti rasional, keselamatan orang ramai perlu mengatasi kepentingan lima orang ini. Oleh itu, saya pertahankan tindakan ISA yang diambil kerajaan dalam penahanan lima pemimpin Hindraf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Melaka, di Taman Botanikal, di sini, hari ini.


Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka percaya, jika tindakan ISA tidak dilakukan, keadaan pada masa itu akan mendorong banyak lagi perarakan lain yang akan bertukar menjadi ganas dan mungkin akan berlaku pergaduhan dan kehilangan nyawa.


"Akhirnya, ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara, sebab itu mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

“Orang yang boleh menimbulkan masalah kepada negara patut diambil tindakan, jangan apabila sudah berlaku malapetaka, baru kita nak ambil tindakan,” katanya.

Mohd Ali berkata, menggunakan isu membebaskan lima pemimpin Hindraf bagi mencari publisiti adalah tidak baik untuk negara. — Bernama

Read More...

Samy Vellu gesa kerajaan bebaskan pemimpin Hindraf dari ISA

Klpos



Oleh Bernama
Ahad, 30 Mac 2008

KL: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu meminta kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini dalam tahanan, menyatakan dua daripada mereka patut dibebaskan lebih awal kerana seorang daripadanya sakit manakala seorang lagi kini ialah wakil rakyat.

Beliau berkata R. Kenghadaran, 40, "sakit teruk" dan M. Manoharan, 46, telah memenangi kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac. Manoharan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Alam Shah di Selangor atas tiket DAP.

Samy Vellu juga berkata bagi V. Ganabatirau, 34, dan K. Vasantha Kumar, 34, pembabitan mereka tidak begitu mendalam dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan pertubuhan tidak berdaftar Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 Nov tahun lepas, yang menyebabkan kelima-lima mereka ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemimpin kelima yang turut berada dalam tahanan ialah P. Uthayakumar.

Presiden MIC itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bengkel "Penjenamaan Semula MIC" yang dihadiri 150 pemimpin bahagian parti, di sini. "Kami prihatin terhadap Kenghadaran dan Manoharan.

Saya bercakap dengan isteri kedua-dua mereka dan dalam keadaan ini, saya memutuskan untuk membangkitkannya kepada kerajaan mengenai kedua-dua mereka ini kerana mereka telah mengambil pendekatan ini.

"Saya akan bangkitkan (pembebasan mereka) dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) selepas beliau kembali dari Sabah. J

Jika beliau (Abdullah) mahu membebaskan semua mereka (lima), terserah kepada beliau. Kami tiada bantahan. Kami juga tidak mahu mereka ditahan bagi tempoh yang terlalu lama," katanya.

"Kenghadaran sakit teruk manakala Manoharan ialah wakil rakyat, jadi saya fikir agak munasabah untuk minta pada Perdana Menteri. Saya juga akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Saya telah mula mengusahakan perkara ini lebih awal tetapi saya tidak beritahu sesiapa. Saya kini akan ambil langkah lebih tegas untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan berhubung kemelut mereka itu," katanya.

Katanya Ganabatirau dan Vasantha Kumar "tidak terlibat secara mendalam" (dalam perhimpunan), jadi kerajaan perlu buat keputusan.

Pemimpin MIC itu juga berkata permintaan beliau bagi kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindraf bukan untuk tujuan publisiti dan langkah memenangi semula sokongan masyarakat India kepada parti itu, dikatakan parti politik terbesar kaum India di negara ini.

"Ini dilakukan demi keadilan, simpati dan juga, kami merasakan bahawa kami kaum India perlu berbuat sesuatu mengenainya. Ia bukan untuk publisiti," katanya.

Katanya walaupun parti telah menerima kritikan pedas daripada pihak tertentu bagi kegagalan melindungi kebajikan kaum India di negara ini, ia akan terus terus berbuat apa yang ia boleh lakukan berhubung masalah yang dihadapi masyarakat itu.

"Jika mereka (yang dalam tahanan) mengikut nasihat peguam bela mereka, banyak perkara boleh berlaku.

Mereka tidak sepatutnya hanya tertarik dengan mereka yang mahu berhujah bagi diri mereka.

Banyak orang mahu berhujah bagi diri mereka supaya mereka boleh dapat publisiti. Kami tidak mahu publisiti, kami mahukan kebenaran," kata pemimpin MIC itu.

Pemimpin Hindraf berkenaan ditahan pada Disember tahun lepas. Hindraf turut melemparkan beberapa dakwaan, yang dianggap tidak masuk akal oleh kebanyakan orang dan kemudiannya dinafikan oleh pihak berkuasa.

Hindraf juga menyerahkan memorandum mengandungi pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Suruhanjaya Tinggi British di sini.

Lima pemimpin Hindraf itu ditahan mengikut ISA selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyentuh isu sensitiviti agama dan kaum dan turut membuat kenyataan fitnah terhadap kerajaan.

Manoharan menjadi tahanan ISA ketiga yang bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum.

Chan Kok Kit dan Chian Heng Khai, masing-masing bertanding bagi kerusi Parlimen kawasan Sungai Besi (Selangor) dan kawasan Batu Gajah (Perak) atas tiket DAP pada 1978 dan menang.

Read More...

Update: Buntong assemblyman retracts resignation


The Star


Buntong assemblyman A. Sivasubramaniam


PETALING JAYA: Buntong assemblyman A. Sivasubramaniam, who earlier quit all posts in the DAP, has retracted his resignation.

He was scheduled to hold a press conference Monday evening to explain his about-turn.

In a letter to DAP secretary-general Lim Guan Eng earlier Monday, Sivasubramaniam said he had had lost confidence in the Perak DAP as it failed to fulfill its promise to appoint two Indian state executive council members.

He added the decision was a "big slap" in the face of Perak Indians and tantamount to deceiving the community.

"My victory in Buntong was a mandate given by the Indian community in the area, and therefore I cannot accept the decision made by the Perak DAP," he added.

When contacted, Sivasubramaniam said he would not vacate his seat and would instead serve as an independent.

“I have no intention of joining any Barisan component party but will fight for the people of Buntong as an independent,” he said.

He also questioned why DAP central executive committee member A. Sivanesan, who is from Selangor, was chosen as an exco over other Perak DAP leaders.

Sivasubramaniam claimed that he and state party committee member and Tronoh assemblyman V. Sivakumar were supposed to get the exco posts as they had worked hard and sacrificed a lot for the party.

He added that even if an Indian Perak DAP member were to get an assembly Speaker or Deputy Speaker post, it could not “do much for the Indian community.”

“This is not right. The leadership should be discussing the allocation of exco posts and other appointments with all 18 DAP assemblymen,” said Sivasubramaniam.

Of the 10 exco members sworn in on March 29, six were from DAP, including one Indian representative, Sungkai assemblyman A. Sivanesan.

In the March 8 general election, the Opposition coalition won 31 state seats in Perak - 18 seats went to DAP, seven to PKR, and six to PAS - while Barisan bagged 28 seats.

Read More...

Tun Mahathir Umpama "Api Dalam Sekam" Bagi Umno - Zainuddin

Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi umpama "api dalam sekam" yang akhirnya menghakis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara, kredibiliti Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bekas menteri penerangan itu berkata kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan kesal melantik Abdullah sebagai penggantinya telah menggugat Umno dan menyebabkan Umno terpaksa mengumpul tenaga untuk menyatukan sokongan terhadap Abdullah.

"Tidak dinafikan kenyataan itu merupakan "api dalam sekam" yang terus merebak di dalam Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Zainuddin berkata kewibawaan Abdullah terus tercabar apabila Dr Mahathir membuat kenyataan menjelang pilihan raya umum bahawa Abdullah hanya untuk satu penggal (sebagai Perdana Menteri) sahaja dan keanggotaan pembangkang perlu diperkuat dalam Parlimen.

Katanya, antara kenyataan Dr Mahathir yang paling meracuni bukan sahaja orang Melayu tetapi juga bukan Melayu kalangan profesional dan akademik ialah mengenai peranan Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah) dalam percaturan politik dan ekonomi negara serta peranan penasihat-penasihat di tingkat empat (Jabatan Perdana Menteri).

"Beliau (Dr Mahathir) tidak sedar atau mungkin sengaja tidak mahu sedar bahawa kredibilitinya sebagai seorang bekas perdana menteri masih tinggi dan kuat, pengaruhnya sebagai legenda pemimpin negara masih berakar umbi.

"Maka itu sumbangannya terhadap menghakis keyakinan rakyat berbilang kaum (terhadap BN) adalah mengatasi pengaruh blog dan laman web...kata-katanya berbisa dan beracun," kata Zainuddin lagi.

Zainuddin berkata Dr Mahathir sendiri tentu tidak menyangka bahawa bibit-bibit ketidakkeyakinan yang ditanamnya di kalangan rakyat sejak Abdullah mengambil alih pemerintahan negara terutama apabila projek jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau Johor dibatalkan telah mendorong rakyat membuat undi protes yang paling membinasakan.

Hasilnya, kata Zainuddin, pilihan raya umum lepas menjadi titik hitam yang memisahkan BN daripada sejarah kekuatannya sejak beberapa pilihan raya sebelum ini.

"Oleh itu meletakkan kesalahan keruntuhan BN ini semata-mata kepada kepimpinan Abdullah adalah tidak wajar kerana jelas sekali tangan yang membinanya (Dr Mahathir) juga telah meruntuhkannya kerana perasaan dendam dan marah tidak terkawal," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Mahathir juga punca BN tewas -ZAM

Malaysiakini

Mar 31, 08 10:43pm

Tun Dr Mahathir Mohamad juga harus dipersalahkan atas kekalahan teruk BN, kata bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Katanya, tiga penyebab utama yang dilakukan bekas perdana menteri itu sehingga BN hilang majoriti dua pertiga, lapor akhbar The Star hari ini.

Pertama, tambahnya, kenyataan Dr Mahathir yang menyebut beliau menyesal melantik Perdana Menteri sekarang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkhidmat hanya untuk satu penggal.

Faktor ketiga, lapor akhbar itu lagi, serangan Dr Mahathir kepada menantu Abdullah dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya berpengaruh besar dalam pentadbiran kerajaan.

Walaupun bekas ketuanya itu bukan satu-satunya faktor utama, malah banyak lagi faktor penyumbang ketewasan teruk BN tetapi peranan Dr Mahathir tidak disebut setakat ini, kata Zainuddin lagi.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |