Malaysiakini |
Apr 2, 08 6:36pm |
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei. Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 Mei, manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei. Bagaimanapun presidennya Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Bahru pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara. ![]() Cuepacs akan mempertimbangkan semula boikot jika kerajaan mahu berunding mengenai tuntutan tersebut menjelang akhir Mei, kata Omar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Cuepacs di Sungkai, Perak hari ini. Beliau menafikan tindakan pemulauan itu sebagai satu ugutan kepada kerajaan, sebaliknya menegaskan bahawa keputusan yang berat tetapi drastik itu "terpaksa diambil" demi kebaikan semua pekerja sektor awam khasnya bagi Kumpulan Sokongan Satu dan Dua. Agensi berita Bernama memetik Omar sebagai berkata, Cuepacs mahu kelima-lima tuntutan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan yang tepat sebagaimana perbincangan yang telah diadakan antara kesatuan itu dan pihak kerajaan sejak Ogos lalu. Hantar surat rasmi Beliau, kecewa dengan kelewatan kerajaan membuat keputusan, menegaskan bahawa kerajaan telah gagal dari segi sistem penyampaiannya kerana masih tidak memutuskan tuntutan ini walaupun permohonan Cuepacs itu melebihi tempoh enam bulan. ![]() Ketika menjawab soalan penonton dalam program 'Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara" di RTM1 Februari lalu, Mohd Sidek berkata, beliau belum berbincang dengan perdana menteri mengenai pembayaran honorarium itu kerana segan untuk meminta kerajaan membuat bayaran itu selepas kenaikan gaji yang besar kepada kakitangan awam. Omar juga berkata, mesyuarat majlis itu turut memutuskan supaya Cuepacs mengadakan sesi penjelasan di setiap jabatan di seluruh negara mengenai tuntutan ini mulai minggu depan. Sementara itu, beliau juga menasihat semua kakitangan sektor awam di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor - yang kini ditadbir pakatan pembangkang - agar tidak bimbang dan memaklumkan terus kepada Cuepacs jika ada diskriminasi ataupun unsur ketidakadilan di negeri-negeri tersebut. Beliau berharap semua anggota sektor awam di negeri tersebut menjalankan tugas seperti biasa dan menerima arahan yang tidak bercanggah dengan perkhidmatan awam. Katanya Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kesatuan di semua negeri berkenaan yang dijangka diadakan pada Jun ini. |
Thursday, April 3, 2008
Cuepacs ugut pulau acara kerajaan
Posted by
Sang Pemantau
at
9:45 AM
Labels: cuepacs, kerajaan BN, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment