Malaysiakini |
May 20, 08 12:35pm |
Keputusan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno semalam mencerminkan krisis Umno yang kian meruncing, pemimpinnya pula saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela, kata PKR. "Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih," kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan. "Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah," tambah mantan timbalan perdana menteri itu. Anwar berkata, memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, maka semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai PKR dan Pakatan Rakyat demi merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia. Sementara itu, angkatan muda PKR (AMK) berpendirian bahawa pengumuman Dr Mahathir keluar dari Umno bertitik tolak daripada pelbagai konflik yang berlaku dalam parti berkenaan. "AMK tidak terkejut dengan pengumuman Tun Dr Mahathir, memandangkan sebelum ini tiga presiden Umno terdahulu (Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Hussien Onn) juga tidak berdiri sebagai ahli Umno di saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir," kata ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Amin dalam satu kenyataan. "Ulasan ringkas Tun Mahathir bahawa beliau akan berada di luar Umno sehingga kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditukar ganti adalah satu kenyataan yang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak relevan lagi masa kini," tambahnya. Bentuk cacamarba AMK, tegas Shamsul, komited dengan pendirian bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dengan segala bentuk cacamarba yang berlaku dalam konteks politik dan perundangan yang berlaku di Malaysia semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan seawal tahun 1980-an. "Ini diperhebatkan lagi dengan sifat 'duduk dan diam' Abdullah yang memandang ringan 'kekotoran' yang diamanahkan kepada beliau sepanjang beliau memerintah Malaysia dari tahun 2004. "Kekalutan yang melanda Umno selepas pilihanraya umum ke-12 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga Umno dan Barisan Nasional, memberi gambaran bahawa hayat Umno dan politik perkauman sudah sampai ke penghujungnya," tambahnya. Menurut Shamsul, AMK dengan tegas menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah masalah dalaman Umno. "Tetapi AMK percaya bahawa biar sehebat mana perubahan kepimpinan dilakukan dalam Umno, ia tidak akan meredakan amarah rakyat yang sekian lama dizalimi dengan politik sempit naungan Umno dan BN. "Kini tiba masanya kita menjunjung Ketuanan Rakyat demi merealisasikan Harapan Baru buat segenap lapisan rakyat Malaysia," tambahnya. |
Tuesday, May 20, 2008
Anwar: Umno sudah parah...
Posted by
Sang Pemantau
at
5:12 PM
Labels: DSAI, malaysiakini, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment