Tranungkite Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Lagi Maha Ego. Selepas masyarakat dunia menyaksikan bagaimana ALLAH menghina Saddam yang dihancurkan oleh kumpulannya sendiri, yakni USA, kini masyarakat Malaysia pula menyaksikan secara live and exclusive! Bagaimana ALLAH yang maha ego ini menjalankan perbicaraan terhadap Tun Dr Mahathir. Perbicaraannya disaksikan oleh para generasi yang dibentuk olehnya sendiri. Yakni mereka yang lahir pada tahun 1981. Antaranya ialah hamba sendiri. Apa yang berlaku ini semakin mengukuhkan untuk hamba meletakkan Ustaz Fadhil Noor sebagai manusia genius. Belasan kezaliman yang dilakukan oleh manusia ini. Manusia yang diagungkan oleh genetic Melayu. Pembunuhan belasan muslim di Memali, penderaan terhadap ulama, gerak kerja melemahkan gerakan Islam, pembunuhan terancang, bapa segala kepincangan, bapa segala rasuah. Memang benar, banyak juga jasanya terhadap Malaysia, tetapi itu sudah kewajipan dan amanah. Manakala kemungkaran / kezaliman yang dilakukannya tidak dituntut kepada mereka yang memohon memegang amanah. Terutama diri yang menulis ini, marilah kita menginsafi betapa besar dan egonya ALLAH. Setiap helaian daun tertakluk dalam pengetahuan ALLAH. Begitulah anda wahai pemimpin Barisan Rakyat. Begitulah kita yang memberikan undi kepada Barisan Rakyat. Amanah adalah dituntut. Kemungkaran dan kezaliman jangan sesekali. Kita melihat bagaimana Saddam dihancurkan oleh puaknya sendiri. Kemudian mengishtihar bermusuh dengan puaknya. Kini giliran Tun Dr Mahathir pula. Dihancurkan oleh puaknya sendiri. Dan kini mengishtihar bermusuh dengan puaknya itu. Sedikit demi sedikit kejijikannya dibongkar. Sehebat Tun merancang, ALLAH lebih maha hebat, sehingga perancangan Tun termasuk dalam gerak kerja ALLAH. Wallahualam. Perlu adanya pencatit. Peristiwa sunnah ALLAH terhadap manusia ini sentiasa berulang-ulang. Konsepnya sama. Cuma latarnya berbeza. Muslim di Malaysia perlu mencatitkan ini untuk generasi akan datang. Ianya berada dalam lipatan sejarah Islam. Sebaris dengan Namrud, Firaun, Saddam, dan sebagainya. Kepada Tun, selamat melalui perbicaraan ALLAH. Semoga anda dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. Wallahualam. http://adukataruna.blogspot.com/
Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 16:12:44 MYT oleh SongkokPutih
Oleh AdukaTaruna
"
Insaflah kita.
Tuesday, May 20, 2008
Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir.
Posted by
Sang Pemantau
at
6:17 PM
Labels: bloggers united, dr det, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment