+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 20, 2008

Tiada harta tiga generasi supaya Dr M keluar Umno

Harakahdaily

Abdul Halim Mohd Rashid

Mon | May 19, 08 | 4:06:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Pembangkang tidak pernah memberikan harta yang banyak hingga boleh hidup senang-lenang sehingga tiga generasi untuk memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Apa yang berlaku itu bukan lagi sekadar tsunami politik tetapi taufan nargis sebenarnya sedang melanda negara ini," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno.

Ketika menyatakan tindakannya keluar dari Umno, Dr Mahathir berkata, surat rasmi mengenai tindakan beliau keluar dari Umno akan dihantar kepada Setiausaha Agung parti itu secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar Umno selagi Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12' di Alor Star hari ini.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa tindakannya itu mempunyai kaitan dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam yang mencadangkan beliau bersama lima yang lain disiasat segera.

Sambil menyifatkan kes itu sebagai kes mahkamah, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dipenjara jika didapati bersalah.

Mengulas lanjut perkembangan tersebut, Mahfuz melihat apa yang berlaku itu bukan sekadar krisis Umno sahaja tetapi krisis negara.

Abdullah bukan sekadar Presiden Umno tetapi Perdana Menteri negara ini, kata beliau.

Krisis makanan

"Apabila bekas Perdana Menteri menolak kepimpinan penggantinya, ia sebenarnya bermakna krisis kepimpinan negara.

"Apabila Perdana Menteri menghadapi krisis kepercayaan, ia akan memberi kesan yang buruk kepada semua perkara termasuk sektor ekonomi.

"Jangan terperanjat jika krisis makanan yang melanda negara ini sekarang akan bertambah buruk akibat krisis kepercayaan terhadap Perdana Menteri," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan.

Perkara tersebut, katanya lagi, telah berlarutan sehingga beberapa tahun dan beliau berharap rakyat berindak segera untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.

"Rakyat mesti sedar bahawa krisis kepimpinan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya.

Rakyat juga mesti bertindak, katanya lagi, kerana sukar dipercayai Abdullah akan bertindak sebagai negarawan.

Anak menantu

"Seorang negarawan mengutamakan kepentingan negara untuk mengelakkan krisis berpanjangan, bukan kepentingan diri dan anak menantunya.

"Sukar dipercayai Perdana Menteri akan bertindak sebagai negarawan," katanya.

Beliau juga meminta ahli-ahli Umno terutama ahli-ahli Parlimen Umno bertindak sebagai negarawan dan keluar beramai-ramai dari parti itu sebagaimana yang diseru oleh Dr Mahathir.

"Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan negara ini dari krisis berpanjangan melainkan keluar dari Umno seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir," tegas beliau.

Mahfuz meminta rakyat menyorot apa yang berlaku sebelum pilihan raya di mana Dr Mahathir meminta penyokong Barisan Nasional supaya jangan mengundi pemimpin yang "korup dan tunggul mati" dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Apabila -pemimpin-pemimpin yang dilihat "korup dan tunggul mati" bukan sahaja dicalonkan semula oleh Umno, menang dan sebahagian dari mereka kini berada dalam kabinet atau menjadi Menteri Besar atau Exco-Exco di negeri-negeri, sebab itulah Dr Mahathir keluar dari parti itu.

"Itulah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan negara ini," katanya.

Mahfuz berharap rakyat tidak lupa kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan Umno dari dalam.

"Tidak sama dengan janjinya untuk membersihkan Umno dari dalam ketika menyertai parti itu pada tahun 1982 lalu, Anwar akhirnya terpaksa berada di luar Umno untuk membersihkan negara dari parti itu," kata beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |