
Asal jadi semasa sidang Dewan Rakyat kali ini
TERBARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan sudah mendapat jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkang tetap meletakkan harapan ‘penghijrahan’ tersebut akan berlangsung pada sesi sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir pada 27 Mei depan.
Sumber PKR memberitahu, segalanya hanya bergantung kepada soal masa dan jika jumlah yang ‘berhijrah’ itu tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang baru sekali pun ia tetap akan dilaksanakan.
Difahamkan, bagi PKR ‘penghijrahan’ itu mesti berlaku tanpa mengambil kira jumlah yang terlibat kerana ia akan menjadi kemenangan moral dan mengesahkan bahawa mereka memang mempunyai sokongan daripada Ahli Parlimen BN untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun sumber lain menyebut, soal penghijrahan Ahli Parlimen BN untuk menyertai pakatan pembangkang masih mempunyai halangan yang besar iaitu “apa pendirian PAS” sebagai sekutu politiknya.
Ini berikutan kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan perbuatan melompat parti.
Malah Nik Abdul Aziz menyifatkan wakil rakyat yang bertindak demikian bukan lagi ‘manusia’.
‘‘Lompat parti ini bukan kerja orang politik tetapi kerja orang yang makan upah. Sebab masa kita hendak menang jadi wakil rakyat... mengundi bukan main lagi tetapi lepas itu, dia main-main lompat.
‘‘Bukan manusia kalau boleh jual beli undi. Orang itu tak reti dosa pahala kalau dia reti dia tak lompat, orang yang faham tak buat macam itu,” katanya pada 22 Mac lalu di Kota Bharu.
Malah dalam Lujnah Politik PAS sendiri, hanya beberapa orang sahaja yang condong untuk menyokong tindakan PKR Itu manakala majoritinya tetatp berpendirian sama dengan Nik Abdul Aziz. - 11/5/2008
----------------------------
Saya tiada keinginan Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim yang turut disebut-sebut sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN yang akan 'melompat' menyertai pakatan pembangkang petang Ahad menegaskan, beliau tidak punya keinginan untuk berbuat demikian.
Katanya, tidak ada sebarang perundingan atau perjumpaaan yang melibatkan dirinya berhubung dengan perkara itu.
"Ini cuma khabar angin," katanya.
Malah beliau menambah, jika diikutkan cakap-cakap, ramai lagi Ahli Parlimen BN yang disebut-sebut akan menyertai pembangkang.
Selain itu jelasnya, jika ada pun mereka terserempak ia tidak harus ditafsir sebagai adanya rundingan.
Nama beliau dikaitkan akan melompat kerana kononnya beliau tidak berpuashati dengan kepiminan BN yang tidak melantik semula abangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar Perlis - 11/5/2008
-------------------------
Musa Aman kata mengarut, jangan percaya
"Mengarut dan jangan percaya" itulah reaksi Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman apabila dilontarkan pertanyaan berhubung dakwaan seramai 14 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya dari Sabah akan menyertai pakatan pembangkang.
Menurut beliau, cerita-cerita yang menyatakan akan adanya Ahli parlimen BN melompart parti meninggalkan BN hanyalah khabar angin.
“Itu rumours … keadaan terkawal … jangan percaya,” katanya semasa ditemui Agenda Daily selepas majlis sambutan ulantahun ke-62 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Sementara itu Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ditanya mengenai perkara yang sama berkata, beliau tidak nampak sebarang petanda bahawa perkara itu akan berlaku.
Malah katanya, jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu membentuk kerajaan dengan cara mengajak Ahli Parlimen BN menyertai mereka, ia adalah sesuatu tindakan yang bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh parti itu sendiri.
Kononnya PKR kata beliau, wujud atas kekuatan moral tetapi jika mereka ingin berkuasa dengan cara begini, ia adalah sesuatu yang tidak bermoral.
Beliau juga menyifatkan cerita mengenai adanya yang mungkin melompat parti ini hanya banyak dibicarakan oleh PKR sedangkan PAS dan DAP sendiri tidak menyatakan pendirian mereka kerana yang jelas kedua-dua parti pembangknag itu tidak bersetuju dengan mainan politik tidak bermoral tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Agenda Daily yang menemui beberapa pemimpin UMNO dapat membuat kesimpulan bahawa tiada siapa yang menafikan laporan akan berlakunya kegiatan melompat parti. Namun mereka semuanya menzahirkan keyakinan ia tidak akan berlaku.
Malah Agenda Daily juga difahamkan usaha-usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen BN yang dikatakan sudah 'dirundingi' oleh pihak-pihak tertentu agar mereka terus bersama BN. - 11/5/2008
--------------------
Berita sebelum ini... Awasi hari Rabu
GEMPAR: Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.
Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.
Sumber itu berkata majoriti dariapda 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari
Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung.
Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN
Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan
Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.
Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga. – 10/4/2008
0 comments:
Post a Comment