|      Berbilion ringgit wang milik rakyat dan kerajaan Terengganu dari hasil royalti petroleum telah dibelanjakan ‘dalam gelap’ oleh pentadbiran bekas Menteri Besar Idris Jusoh     Kini, Menteri Besar yang baru Ahmad Said berupaya membuktikan kepimpinan beliau yang mengutamakan rakyat dan menyelamatkan RM 100 juta wang tersebut dengan mengambil tindakan pro-aktif dalam menentukan dasar supaya Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menjadi lebuhraya tidak bertol yang pertama.       LPT2 yang sedang dalam pembinaan dapat menjimatkan kira-kira RM 100 juta wang rakyat dari peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sekiranya kerajaan memutuskan lebuhraya tersebut tidak bertol.
  Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan kerajaan samada LPT2 sepanjang 186 kilometer yang berharga RM 3.7 bilion itu adalah lebuhraya bertol atau sebaliknya.
  Projek LPT2 adalah sambungan dari LPT1, kedua-keduanya fasa ini adalah adalah merangkumi keseluruhan projek pembangunan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 336 kilometer.
  Perlaksanaan LPT2 berbeza daripada projek-projek lebuhraya yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana 70 peratus daripada nilai kontrak ditender kepada kontraktor bumiputera manakala 30 peratus lagi diberi secara rundingan terus kepada MTD Capital Bhd (Pakej 10).    Tujuh puluh peratus tender LPT2 telah dipecahkan kepada 16 pakej dan tender diberikan kepada syarikat-syarikat seperti dibawah;      |     Bil     |        Pakej     |        Kontraktor     |        Nilai   Kontrak (RM)     |         |     1     |        1A     |        Essenvest   Sdn Bhd     |        47,517,424.80     |         |     2     |        1B     |        -     |        55,000,000.00     |         |     3     |        1C     |        -     |        90,000,000.00     |         |     4     |        2     |        Kobena Bhd     |        191,063,040.50     |         |     5     |        3     |        Tidal   Marine Sdn Bhd     |        169,232,896.95     |         |     6     |        4     |        -     |         68,500,000.00     |         |     7     |        5A     |        Ahmad Zaki   Sdn Bhd     |        148,202,638.59     |         |     8     |        5B     |        Yuta Maju   Sdn Bhd     |         68,223,000.00     |         |     9     |        6     |        Ahmad Zaki   Sdn Bhd     |         85,591,161.00     |         |     10     |        7     |        Bukit   Timah – TSR JV     |        144,509,432.95     |         |     11     |        8     |        Arah Jitu   Sdn Bhd     |         50,823,220.00     |         |     12     |        9A     |        Arah Murni   Sdn Bhd     |        168,125,886.72     |         |     13     |        9B     |        Arah Jitu   Sdn Bhd     |         59,215,000.00     |         |     14     |        9C     |        Ahmad Zaki   Sdn Bhd     |         90,340,347.00     |         |     15     |        11     |        GPQ Bukit   Puteri JV     |         57,961,710.50     |         |     16     |        12     |        TSR Bina   Sdn Bhd     |         97,780,000.00     |         Dengan perlaksanaan pembahagian tender tersebut mengesahkan bahawa pembangunan LPT2 adalah sebuah projek lebuhraya yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan dan bukan sebuah lebuhraya konsesi.
    Separuh dari kos pembinaan LPT2 bernilai RM 1.8 bilion adalah dibiayai melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), manakala bakinya dibiayai oleh Rancangan Malaysia       Sumber dari Pasukan Projek LPT2 mengesahkan perkara tersebut bahawa 50% pembiayaannya adalah dari RMK9 dan 50% adalah dari DKKP, selain Laman Khas LPT2 yang diterbitkan oleh kerajaan Terengganu serta kenyataan Ahmad Said beberapa minggu lalu juga menyatakan demikian.
  Oleh kerana LPT2 bukan sebuah lebuhraya konsesi, maka adalah tidak wajar sama sekali ianya dikenakan tol, kerana lebihraya-lebuhraya yang bertol sebelum ini dikenakan tol adalah kerana untuk membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi untuk mebangunkan lebuhraya berkenaan.
    Maka sekiranya diputuskan oleh kerajaan, LPT2 adalah sebuah lebuh raya tidak bertol, wang rakyat dan kerajaan boleh dijimatkan dengan tidak perlu membina plaza tol.
  Pelan LPT2 telah mecadangkan agar didirikan sebanyak 10 plaza tol disepanjang LPT2 yang terletak disemua ‘interchange’.
  Lokasi-lokasi yang dicadangkan  untuk ‘interchange’ adalah di Kuala Terengganu, Bukit Payung, Ajil, Bukit Besi, Dungun, Paka, Kertih, Kijal, Cukai dan Ceneh.
  Kos asal yang dicadangkan untuk membangunnkan 10 plaza tol tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM 52 juta.
  Oleh kerana berlaku kenaikan harga bagi bahan-bahan binaan terutamanya besi, kos tersebut mungkin menjadi 70 atau 80 juta ringgit.
  Itu tidak termasuk system tol yang akan dibangunkan secara berangkaian yang mennyambungkan system tol yang sedia ada dari LPT1.
  Keseluruhannya kos dengan yang akan ditanggung dengan adanya ‘tol’ pada LPT2 aadalah dianggarkan RM 100 juta.
  Kos yang ditanggung oleh rakyat Terengganu dibawah DKKP ini mungkin boleh diselamatkan sekira secara rasional, oleh kerana LPT2 bukan kebuhraya konsesi, maka tol tidak perlu diwujudkan.
  Bacaan berkaitan :
  LPT2 Tidak perlu tol | 
0 comments:
Post a Comment