+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 16, 2008

Anwar buat Shabery terkebil

Edyesdotcom

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.

Sejak awal hari ini saya menanti dengan penuh debaran, menunggu dengan sabar detik 9 malam bagi menyaksikan secara langsung debat di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk “Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun”.

Sebagai Menteri Penerangan, Shabery mewakili kerajaan demi menerangkan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan” manakala Anwar Ibrahim sebagai wakil daripada rakyat bagi membahaskan “Kenaikkan harga minyak boleh dielakkan”.

Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.

Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?

Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.

Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?

Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan”. Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.

Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.

Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.

Kemudian Shabery bertanya adakah turun 50sen sahaja yang mampu dilakukan jika Anwar memerintah? Adakah dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin naik, tetapi scenario yang berlaku di negara ini sekiranya Anwar memerintah adalah menurunkan harga minyak?

Walaupun Anwar tidak sempat menjawab persoalan itu kerna telah dijelaskan bahwa penurunan 50sen sebagai langkah awal, Ingin saya tambah di sini, arakian Pakatan Rakyat memerintah kelak. Harga minyak domestic akan dikurangkan sedikit demi sedikit, secara berperingkat. Ini boleh dilakukan mengikut maksud Anwar.

Jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, besok harga minyak akan turun 50sen sebagai langkah awal, kemudian apabila segala ketirisan dapat dibendung, apabila sistem kewangan negara yang telah rosak itu dibaikpulih, sudah tentu harga minyak diturunkan lagi di atas fahaman, segala ketirisan yang berlaku selama ini merosakkan kekuatan ekonomi Malaysia. Jadi apabila rasuah dibendung, ekonomi kembali kuat. Harus diingat, naiknya harga minyak global, negara kita mendapat hasil yang lumayan dan rakyat mendapat manfaat.

Shabery mengatakan Petronas tidak harus diganggu. Anwar kata kami respek dengan kesungguhan Petronas, tetapi yang menjadi persoalan pokok di sini ialah pemberian Petronas kepada kerajaan itu sepatutnya diagihkan dengan baik. Shaberi terkebil.

Shabery sekali lagi mengatakan adakah titik peluh warga Petronas yang membuat keuntungan amat besar itu wajar digunakan untuk seluruh rakyat? Jangan kata Anwar sahaja yang boleh jawab, saya pun boleh jawab. Mereka yang berusaha hingga Petronas untung beratus bilion itu telah dibayar gajinya dengan berpatutan sekali. Bonus dua kali setahun sebanyak lebih kurang 6 bulan gaji adalah setimpal dengan keringatnya berbanding pesawah-pesawah yang membanting tulang memerah keringat untuk mencukupkan bekalan beras negara.

Jadi ingin saya nyatakan di sini, Petronas itu adalah khazanah negara. Untungnya dari dalam dan luar negara tidak kiralah walau sekadar 26% sekalipun hasil dalam negara adalah untuk kerajaan yang memerintah. Dari mana datangnya keuntungan luar negara Petronas? Dari mana datangnya modal Petronas dagangan? Sudah tentu ianya adalah pelaburan kerajaan yakni wang rakyat dan sebagai galang ganti, tidak salah jika saya katakana segala keuntungan Petronas wajar diagihkan kepada seluruh rakyat. Itu saya kata, Anwar hanya kata jumlah pemberian Petronas kepada kerajaan perlu dikemaskini dan perlu diperhalusi demi menjaga kestabilan ekonomi negara.

Anwar begitu jelas menyatakan kesungguhan dalam meringankan beban rakyat. Anwar begitu ikhlas. Ini bukan soal Pakatan Rakyat, ini bukan soal siapa yang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah soal rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada tindak-tanduk kejam kerajaan yang sedia ada ini.

Shabery cuba membandingkan harga minyak tanpa subsidi seperti yang berlaku di eropah, tetapi tidak menyatakan perihal kuasa membeli rakyat di sana. Anwar menyebut pendapatan per kapita mereka di eropah berkaliganda lebih tinggi dari rakyat negara ini. Itu adalah fakta dan shabery terkebil lagi.

Apabila Shabery membezakan kadar inflasi di negara minyak murah seperti venuzuela dan negara arab. Itu tidak dinafikan oleh Anwar. Namun secara spontan Anwar mengatakan bahawa negara yang dimaksudkan oleh shabery itu mempunyai kadar inflasi yang tinggi dengan harga minyak yang rendah manakala negara kita sebagai net exporter ini mempunyai harga minyak yang tinggi dan inflasinya juga tinggi malah semakin meninggi dalam masa beberapa bulan lagi dengan kadar pengangguran yang sangat besar. Shabery sekali lagi terkebil dan kali ini mengelap buih-buih yang membuak di celah bibirnya.

Akhir sekali, Shabery menyentuh dalil yang mengatakan negara ini akan menjadi net importer pada 2015 dan persoalan yang dibawa ialah apakah kerajaan Anwar akan terus menaikkan harga minyak pada kadar harga global tanpa subsidi?

Dengan akal Anwar menjawab, biarlah fakta kehabisan isi telaga minyak itu disebut dengan penuh iaitu, “Jika sekiranya carigali minyak itu atau pencarian minyak itu berhenti sekarang, ianya akan bertahan sehingga 2015”. Itu jika Petronas berhenti mencari minyak.

Adakah Petronas akan berhenti meneroka pada saat ini? Anwar menjelaskan, 10 tahun dulu telah dinyatakan minyak di negara ini akan habis pada tahun 2005 tetapi pada hari ini ianya bertambah selaras dengan penerokaan minyak yang baik dari Petronas. Kesimpulanya, fakta Petronas sendiri menunjukkan bahawa setiap 1 liter minyak yang disedut, maka penemuan baru adalah sebanyak 1.8liter. Kita berhujah dengan fakta !

Akhir kata, sekali lagi saya mendefinasikan bahawa, Shabery telah gagal meyakinkan rakyat terbanyak perihal “Mengapa harga minyak sedemikian rupa” malah beliau banyak menggunakan masa debat yang diperuntukkan hanya untuk membidas kenangan lampau DSAI semata-mata. Tiada fakta melainkan retorik semata-mata.

Saya sudahi artikel pendek ini dengan ucapan jutaan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana begitu bersungguh-sunggu mempertahankan hak rakyat. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada agenda daily kerana memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendengar pidato Anwar.

Kepada rakyat yang berada diceruk kampung sana, yang tidak terdedah kepada sumber berita yang benar-benar sahih, gunakanlah peluang ini untuk berfikir dengan lebih mendalam. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar dan rakan Pakatan Rakyat adalah untuk anda semua. Bangkitlah, Kita Wajar Memiliki Malaysia Yang Lebih Hebat ! We Deserve a Better Malaysia.

REFORMASI !

Takbir !!

EDYES
15 Julai 2008, 11.57pm

1 comments:

Unknown said...

yang kita harapkan semoga debat tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat tidak kira agama,bangsa dan ideologi politik.harapan saya agar debat sebegini dapat diteruskan agar dapat membuka mata dan minda semua orang.walaupun masa yang diberikan singkat tapi sedikit sebanyak kita dapat info darinya.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |