+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 16, 2008

Alhamdulillah Debat Berjalan Baik. - DSAI

Anwaribrahimblog


Saya mengucapkan syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Johan Jaafar yang bertindak selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bersedia berdebat dengan saya, serta tidak lupa ucapan tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sudi menyediakan ruang untuk perdebatan yang tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak.”

Saya sedikit terkejut sebenarnya kerana sekitar Dewan Bahasa dan Pustaka, saya melihat polis dan pasukan pencegah rusuhan ada di mana-mana. Saya merasa sedih melihat mereka terpaksa bertugas hingga lewat malam demi pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang yang baik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak! Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1.Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2.Kita mempunyai maklumat bahawa TNB mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000MegaWatt. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tariff elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk IPP bagi menjana elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 billion (US 90 Billion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |