Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 11:09pm |
Dua jurugambar dipukul oleh pegawal keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini. Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar. Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh pegawal keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu. Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang pegawal keselamatan datang membuka pintu bilik tersebut. Ketika itu, seorang pegawal keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur. Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan pegawal keselamtan dan rakan-rakannya. Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi. Apabila mereka sampai di luar, dengan diringi oleh beberapa anggota polis, pegawal keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan. Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut. Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad Khalili dari The Edge dan Zulkifli Ersal dari The Sun. Ketika ditemui, Zulkifli berkata, pegawal keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut. Difahamkan mereka mereka dijangka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. |
Tuesday, July 15, 2008
Debat di DBP: Dua jurugambar dipukul
Posted by
Sang Pemantau
at
11:29 PM
Labels: debat, malaysiakini, polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment