+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 15, 2008

Minyak: Pakatan janji turun 50 sen, Shabery anggap Anwar populis

Mstar Online

15-07-2008 10:57:03 PM
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB, AFFIFUDDIN ISHAK, dan LEE YAN XIU

KUALA LUMPUR: Kemunculan sejam Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi debat malam ini menunjukkan kedua-dua personaliti ini serang dengan cabaran terhadap satu sama lain berhubung isu harga minyak - dengan bekas Menteri Kewangan berjanji boleh mengurangkan harga minyak 50 sen selitar manakala Menteri Penerangan pula menyoal pembangkang tidak memegang pada kadar harga sebelum 5 Jun.

Ahmad Shabery berkata, pembangkang seharusnya menurunkan harga daripada kadar sebelum 5 Jun bukannya daripada paras semasa.

Sambil menyifatkan pendirian Pakatan Rakyat sebagai populis, Ahmad Shabery memberitahu, berdasarkan kempen pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu, Anwar telah berjanji akan menurukan harga dengan mengambil kadar ketika itu.

"Sebelum pilihan raya harga hanya RM1.91 seliter (sehingga 4 Jun), tak timbul harga semasa sekarang.

"Kita kena pegang kepada keadaan asal sebelum pilihan raya," kata beliau yang memulakan debat bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak anjuran portal berita Agendadaily, yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.

Pengerusi DBP Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.

Anwar yang memulakan debat sebagai pemidato pertama mengusulkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok pihaknya akan mengurangkan kadar minyak sebanyak 50 sen selitar.

Debat ini diadakan ketika Petronas mengumumkan prestasi kewangan yang berakhir 8 Mac lalu.

Isu itu juga disentuh oleh kedua-dua pemidato dalam perbahasan mereka.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 sebelum dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, penurunan yang disyorkan beliau itu merupakan tindakan peringkat awal.

Katanya, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.

Debat menyaksikan tindakan ungkit-mengungkit latar belakang politik masa lalu, antara Anwar sebagai mengecam polisi Allahyarham Tun Abdul Razak yang memulakan Petronas dan gerakan mahasiswa tahun 1970-an manakala Ahmad Shabery sebagai bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 yang telah dibubarkan.

Bagaimanapun kedua-dua pemidato berbahas dengan tenang di hadapan kira-kira 250 penonton termasuk masing-masing 50 daripada sebelah Anwar dan Ahmad Shabery.

Anwar dan Shabery berbahas di bawah format kempen pilihan raya Amerika Syarikat dengan mereka berdiri di pentas dengan dipengerusikan oleh Johan dari bawah.

Ahmad memilih Tan Sri Dr. Nordin Kadri sebagai wakil penonton untuk bertanya soalan manakala Zulkifli Sulong di sebelah Anwar.

Ketika merumuskan pandangannya, Anwar berkata, jika diberi peluang beliau akan bertanding dalam pilihan raya dalam waktu terdekat.

"Kita mengumumkan cadangan, gagasan ini dengan penuh bertanggungjawab. Kalau kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan, tiga bulan lagi ekonomi kita akan jauh lebih parah.

"Ini kenyataan. Kalau saudara tidak setuju tak mengapa... saya minta teliti dengan baik objektiknya.

"Sebab itu kami di Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat, sebab itu saya tidak mahu hak saya dinafikan, dan untuk meneruskan dengan agenda ini walaupuan saudara Shabery memilih untuk menyerang saya secara peribadi, saya tidak mahu menjawab kerana ini bukan ruang," katanya.

Ahmad Shabery pula berkata, Anwar tidak ubah sejak sikap beliau ketika mengetuai gerakan mahasiswa tahun 1970-an.

"Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada negara, membina Petronas, kalau dahulu orang yang membina Petronas Tun Abdul Razak, Mahathir yang mengembangkang Petronas sampai ke peringkat dunia tetap ditentang.

"Pada waktu sekarang Pak Lah (Perdana Menteri) tidak mengambil lebih apa yang sepatutnya, maka tiada sebab untuk kita menentang.

"Apakah kita hendak terus memainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana dibuat dalam tahun 1974 akan menyelesaikan masalah kita?" ujar beliau.

4 comments:

Unknown said...

Both sides managed to give out points that made rakyat think even further about today's crisis.
Kudos to Pak Lah for being such a mature leader and for allowing this debate to be carried out.

Unknown said...

Ya, sememangnya apa yang dibawa oleh Anwar semalam lebih bersifat populist. Beliau berkata-kata seolah-olah beliau mampu melakukan semua yang dikatakan tanpa mengadaikan negara.

Unknown said...

Kalau ada Debat lagi lain kali, diharap agar pendebat akan menjawap soalan-soalan yang dikemukakan daripada hanya bercakap mengenai isu-isu peribadi.

Sang Pemantau said...

felix...
I'm agree with u....we shud give credit to Paklah for allowing this debate happened....but it is no such effect to us as a rakyat...one side of debater promise to serve rakyat but he is not a PM...but in other side just talk nonsense....no point to make a better life for rakyat...he just wants rakyat understand wat happened now....we as a brilliant rakyat must think which one is the best....u got dat friend???

malvin,
walaupun populist...dia tau kemampuan wang negara...saya percaya DSAI lebih arif tentang pengurusan kewangan drpd Datuk Shabery....dan dari debat tu pun kita boleh nilai dari mana wang yg nak diambil oleh DSAI...tanpa menggadaikan PETRONAS dan juga sumber kewangan yang banyak....Bagi saya, bagi dia peluang....kita belum cuba lagi....DSAI bukan mentadbir sendirian....ramai pakar ekonomi, ulama dan penasihat2 lain bersamanya....percayalah...yg penting pemimpin kena amanah, jujur...bukan hanya retorik menipu rakyat...suruh rakyat ubah cara hidup...tp, diorang pakai kete besar2...minyak free...gi mana2 naik jet peribadi...makan sedap2 kat hotel....apa lagi....kawan....u sedar tak semua ni???takde sampai tergadainya negara.....kita selalu ditakutkan je oleh media propaganda bajingan politik......adus...sakit..sakit....

reenda,
saya bersetuju....selalunya pendebat takde modal nak cakap la yg jd macam tu....serang la peribadi lawan tu...tapi, tetap menafikan....cakap memang pandai sampai berbuih mulut...tapi, isi takdak....haprak!!!!

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |