PJ: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima baik cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan Umno mengenai isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Perdana Menteri berkata Umno sedia untuk berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan yang berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan. "Jika ada persefahaman, maka kuranglah satu masalah yang melibatkan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan mengenai golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar, di sini hari ini. Namun, katanya, Abdullah apa sahaja yang perlu dilakukan untuk kebaikan orang Melayu juga perlu mengambil kira kebaikan rakyat keturunan lain. Dalam satu temubual dengan akhbar PAS, Harakah, baru-baru ini, Hadi mengakui bahawa terdapat individu PAS mengadakan perbincangan dengan individu Umno bagi menerokai kerjasama. Mengenai tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi di ibu negara, Perdana Menteri berkata pasukan keselamatan hanya menjalankan tugas, terutamanya untuk mengurangkan gangguan kepada lalu lintas akibat tunjuk perasaan anti kerajaan. "Kumpulan yang mahu mengadakan tunjuk perasaan ini menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk. Polis cuba menyekat kekacauan," katanya. Abdullah berkata demonstrasi sebegitu tidak seharusnya berlaku dalam bandar raya kerana ia menjejaskan perniagaan dan aktiviti harian orang ramai. "Pekedai mahu berniaga dan mereka mempunyai hak terhadap jaminan tidak ada kekacauan. Oleh itu, polis mengambil langkah memastikan kekacauan jalanan tidak berlaku. "Pada masa yang sama, penunjuk perasaan kata mereka tidak sepatutnya dihalang. Namun, polis bertanggungjawab memastikan tidak ada kekacauan," katanya. Abdullah berkata perhimpunan seperti itu sepatutnya diadakan di stadium supaya tidak berlaku gangguan kepada orang ramai. |
2 comments:
kata Pak Lah tu ada benarnya juga.tiada siapa mahukan kepincangan dan kekacauan.bangsa Melayu kini semakin rapuh.jangan hanya kerana berbeza ideologi kita berpecah kerana perpecahan mungkin yang dimahukan oleh sesetengah pihak.
peace! :)
punk....
btul ah tu punk....mana ada orang taknak aman...makmur...selamat....
Melayu rapuh sebab apa...sebab kerosakan oleh tangan-tangan mereka sendiri la....selalunya berbeza ideologi yang melibatkan kepentingan pemimpin saja yang menyebabkan perpecahan....ada pemimpin yang takut kehilangan kuasa....menyalahgunakan kuasa untuk berada di persada....bila kekejaman dan penipuan berleluasa inilah menyebabkan kita melayu berpecah....satu pihak melancarkan kebenaran menurut Islam, dan satu pihak lagi melancarkan kebenaran untuk mereka berkuasa walaupun rakyat melayu khususnya sudah tidak tahan dengan sikap kebobrokan mereka....rasuah,gaya hidup mewah, tidak islamik, cakap kosong, tipu rakyat...macam-macam lagi....why not kita melayu tukar pemimpin yang bersih dan bebas dari unsur-unsur bajingan di atas....Insyaallah...melayu bersatu di bawah panji Islam dan sesetengah pihak yang mahukan perpecahan itu akan menepuk dahi mereka sebagai tanda mereka akur dengan kehebatan perpaduan melayu dan rakyat Malaysia amnya.....
Post a Comment