+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 16, 2008

Dewan Rakyat kecoh bila Khairy minta Anwar beri sampel DNA kepada polis

Mstar Online

16-07-2008 05:14:13 PM

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Khairy Jamaluddin (BNRembau) meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA kepada polis untuk tujuan penyiasatan tuduhan liwat yang dibuat terhadapnya.

"Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk memberi sampel DNA (tapi) kalau tidak takut pada kebenaran, saya harap Anwar akan tampil hari ini, dan kalau berani, beri sampel DNA untuk diuji sama ada laporan polis itu betul atau tidak. Ini penting," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008.

Kata-kata Khairy itu menyebabkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang termasuk isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKRPermatang Pauh) bangun dan mempertikaikan kenyataan itu seolah-olah Khairy tahu kandungan laporan polis yang dibuat.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata: " Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya? Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu."
Laporan terhadap Anwar itu dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahumenahu mengenai penyiasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.

"Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke Balai Polis. Saya tidak tahu menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.

"Ini adalah tuduhan liwat dan salah satu bukti yang diperlukan adalah bukti DNA sahaja," katanya.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kemudian bangun dan mencadangkan agar Khairy jawatankuasa khas untuk tindakan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula Peraturan Mesyuarat 36(12) meminta Khairy menetapkan pendirian bahawa laporan polis tidak diberikan kerana Anwar masih tidak memberikan kenyataannya kepada polis.

"Rembau kata bahawa oleh kerana Anwar belum beri kenyataan, sebab itu dia tidak diberi laporan, adakah Rembau tetap menyatakan bahawa itu sebenarnya alasan Anwar tidak beri kenyataan, oleh itu polis tidak beri laporan," katanya.

Situasi itu menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan.

"Kalau itu pendirian Rembau itu dia punya pasal, yang buat penyiasatan adalah polis, takkan polis nak dengar arahan Rembau dalam dewan ini," kata Wan Junaidi.

Perbahasan Khairy sekali lagi menjadi kecoh dan hangat apabila beliau berkata janji Anwar untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika memerintah negara adalah satu pembohongan dan putar belit.

Khairy berkata ini bertentangan dengan janji parti itu ketika pilihan raya umum lepas yang mengatakan akan menurunkan harga minyak kurang daripada RM1.92.

"Tapi semalam (pada debat Anwar dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek) pembohongan terdedah bahawa beliau hanya mampu janji turunkan 50 sen dari RM2.70 kepada RM2.20 yang mana masih lagi tinggi daripada RM1.92 seperti yang dijanjikan pada pilihan raya," katanya.

Kenyataan Khairy itu kemudian dijawab oleh Mohamed Azmin yang mengatakan bahawa apa yang disebut Anwar itu adalah langkah awal dengan mengambil kira keadaan ekonomi sekarang.

"Dalam keadaan ekonomi hari ini mana mungkin kita hendak turun secara mendadak, ini peringkat awal dan sekiranya suasana mengizinkan kita akan turunkan lebih rendah supaya rakyat dapat manfaat," katanya. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |