Harakahdaily Mohd Zamirul Mohd Dzaki Sun | Aug 24, 08 | 11:10:27 am MYT | |
PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Calon Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengagak sumpah akan menjadi bahan permainan kepimpinan Umno selepas sumpah Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini. "La ni tak payah ada hakim semua main sumpah saja, kalau macam tu pi mencuri, bunuh orang balik mai sumpah, imam pulak kena pakai imam Umno," katanya. Tambah beliau lagi, Umno pada hari ini suka bermain dengan al-Quran dan tidak menghormati kesucian al-Quran tersebut. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu semalam kononnya tidak mengenali wanita Mongolia, Antantuya apatah lagi terlibat dalam kompirasi membunuhnya. Anwar sekali lagi mengulangi yang beliau sanggup bersumpah pada bila-bila masa seperti mana yang dituntut pihak Umno. Tetapi beliau terpaksa tunduk kepada arahan ulama-ulama terkenal termasuk Yusof Al Qardawi yang melarang beliau bersumpah. Katanya lagi, beliau telah dinasihatkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan beberapa lagi ulama terkenal agar membawa kes itu ke mahkamah syariah. Anwar berucap demikian dalam ceramahnya di Mengkuang Titi Permatang Pauh semalam. Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat Azmin Ali dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. - mns_
|
Sunday, August 24, 2008
Sumpah jadi mainan Umno di Permatang Pauh - Anwar
Posted by
Sang Pemantau
at
1:24 PM
Labels: DSAI, Harakahdaily, Permatang Pauh, sumpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment