Malaysiakini |
Sep 12, 08 11:59pm |
Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini. Menurut pemimpin DAP, Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya . Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya. Kontroversi azan Teresa menjadi tumpuan laporan media - terutama akhbar harian berbahasa Melayu - selepas timbulnya dakwaan bahawa beliau telah meminta pegawai masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara ketika melaungkan azan. Kok bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tidak dipastikan sama ada penahanannya itu ada kaitan dengan dakwaan tersebut. Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa. Sementara itu, Bernama melaporkan Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan Tan dan Teresa. Bercakap kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 September ini, tarikh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu. |
Sunday, September 14, 2008
ISA: Teresa Kok turut ditahan
Posted by
Sang Pemantau
at
11:29 PM
Labels: DAP, ISA, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment