+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, September 14, 2008

"Kerajaan tak guna ISA sesuka hati" Abdullah

KLpos

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin tanpa alasan konkrit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak akan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya tanpa ada alasan konkrit yang kerajaan yakini boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam.

Bercakap kepada para pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin kanan Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan di sini, Abdullah percaya Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Syed Hamid Albar telah pun mengambil kira soal ketenteraman awam yang boleh terjejas ekoran tindakan Raja Petra itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan Raja Petra di rumahnya di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Raja Petra, 58, mengundang kemarahan umat Islam berikutan ulasan artikelnya bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" yang menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW) untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today.

Laporan polis dibuat beberapa pertubuhan Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengenai perkara itu. / Bernama


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |