+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 9, 2008

Malaysiakini muncul laman berita No 1

Malaysiakini

Jul 8, 08 6:21pm

Malaysiakini muncul sebagai laman berita paling popular di negara ini, demikian menurut perkhidmatan pemeringkatan portal internet, Alexa.com.

Pencapaian terbaru ini merupakan kali pertama laman berita bebas yang ditubuhkan sejak 1999 berjaya memintas The Star Online dalam kedudukan tersebut.

Kesemua - kecuali dua dalam senarai 15 teratas - adalah laman web antarabangsa seperti Yahoo (1), Google (2), Friendster (3), YouTube (4) dan Blogger (5). [Lihat senarai 100 teratas].

Satu-satunya laman web Malaysia selain Malaysiakini yang berada dalam pemeringkatan senarai 15 teratas ialah portal perbankan dalam talian Maybank2u,com.my di tempat ke-13.

Laman berita lain yang berada dalam senarai 50 teratas termasuklah The Star (16), Utusan Malaysia (18), Berita Harian (30), Malaysia Today (31), Harian Metro (34) dan Harakah Daily (36). Klik imej besar

alexa website ranking malaysiakini against other malaysian news portal 080708

Yang menarik, antaranya, blog Tun Dr Mahathir Mohamad - Chedet.com - yang hanya berusia beberapa bulan berada di tangga ke-60.

Pada masa yang sama, seksyen bahasa Melayu Malaysiakini pula berada di tempat kedua selepas Utusan Malaysia bagi kategori media internet edisi bahasa Melayu, manakala seksyen bahasa Cina juga di tempat kedua selepas Sin Chew Daily.

Kayu pengukur populariti

Pemeringkatan Alexa dibuat melalui analisis penggunaan laman web oleh jutaan pengguna Toolbars Alexa dan maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber data perkhidmatan internet yang lain.

Bagaimanapun, Alexa bukanlah kayu pengukur muktamad dalam menyukar populariti sesebuah laman web dan kaedahnya juga pernah dipertikai oleh beberapa pihak dalam industri tersebut.

Trafik Malaysiakini telah melonjak naik dengan begitu ketara sekali sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu.

malaysiakini traffic statistics 080708 bm versionDalam bulan itu sahaja, laman berita tersebut dilayari oleh 2,134,301 pengunjung unik mutlak.

"Walaupun Malaysiakini merupakan laman berita yang dilanggan, tetapi kita masih mencatatkan peningkatan, berbanding dengan laman web percuma.

"Perkembangan ini satu pencapaian yang membanggakan," kata ketua pegawai eksekutif, Premesh Chandran.

Sehubungan itu, katanya, Malaysiakini akan menimbang untuk menambah kandungannya selain daripada berita-berita hal-ehwal semasa.

Ia juga telah melancarkan portal remaja voize.my pada 1 Julai lalu dan beberapa lagi dalam perancangan.

Sementara itu, 10 wartawan Malaysiakini merupakan kumpulan pertama menerima kad media daripada Kementerian Penerangan.

Tidak termasuk penulis blog

malaysiakini official govt press media tag 070708Kelulusan ini kali pertama diberikan kepada media internet oleh kementerian berkenaan.

"Saya menemui menteri penerangan Datuk Shabery Cheek bulan lalu dan telah berbincang mengenai kad rasmi tersebut.

"Beliau berkata, kementerian akan menimbang permohonan kami (mendapatkan kad tersebut)," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

"Kita telah menunggu hampir sembilan tahun untuk mendapatkan kad rasmi tersebut. Kad tersebut pasti memudahkan lagi tugas kami," tambahnya.

Sejak Malaysiakini dilancarkan, wartawannya sering ditegah menghadiri sidang akhbar oleh pemimpin kerajaan dan polis.

Malah, Malaysiakini terpaksa mendapatkan kebenaran khas daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membuat liputan sidang Parlimen sejak beberapa tahun lalu.

Menurut laporan New Straits Times, ketua setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf telah meluluskan 10 laman berita baru untuk kad rasmi tersebut.

Selain Malaysiakini, portal berita lain yang layak menerima kad rasmi tersebut termasuklah Agenda Daily dan Malaysian Insider.

Bagaimanapun, para penulis blog tidak termasuk dalam pengiktirafan kerajaan terhadap wartawan dalam talian.


Read More...

Turki bantu Anwar bukan sebab politik - Ali Babacan

Utusan Online




KUALA LUMPUR 8 Julai - Keputusan membenarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki minggu lalu dibuat bukan sebab politik sebaliknya semata-mata atas dasar kemanusiaan, kata Menteri Luarnya, Ali Babacan.

Beliau menjelaskan Anwar sebenarnya berlindung di kediaman duta dan bukannya kedutaan negara itu seperti yang dilaporkan oleh media.

"Tidak ada aspek politik berhubung dengannya. Ia 100 peratus atas dasar kemanusiaan. Isu berkenaan telah diselesaikan, kini ia telah dilupakan," katanya kepada pemberita semasa Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.

Menurut Babacan, Anwar yang membuat permohonan kepada kedutaan di sini untuk mendapatkan perlindungan, atas alasan bimbang dengan keselamatannya.

"Duta kami di sini membuka rumahnya kepada beliau (Anwar), beliau tinggal di rumah duta itu selama 26 jam dan bukan di kedutaan kami.

"Apabila dia (Anwar) rasa selesa, dia sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan rumah duta itu," tambah beliau.

Anwar memohon perlindungan daripada kedutaan Turki di Jalan Ampang di sini pada 30 Jun lalu, setelah mendakwa beliau menerima ancaman bunuh selepas laporan dakwaan liwat yang dikemukakan oleh pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Read More...

Wang Petronas dibazir selagi BN masih berkuasa

Harakahdaily

MD Hakimi

Wed | Jul 09, 08 | 2:41:24 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 9 Julai (Hrkh) � Sehingga kini pemimpin Umno masih enggan menerima hakikat kemampuan Pakatan Rakyat mengurangkan harga minyak, berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.

Tanpa perlu berfikir panjang, guna wang milik Petronas secara berhemah dan bukannya membazir seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Lihat contoh pembaziran wang Petronas yang digunakan kerajaan BN untuk membiayai Orkestra Filharmonik Malaysia dikatakan melibatkan kos sehingga RM500 juta.

Anggota Parlimen Parit Buntal, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembaziran begitu berlaku kerana Petronas hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

�Sepatutnya Petronas kena bertanggungjawab kepada Parlimen, maka selagi khazanah milik rakyat boleh dibelanjakan sesuka hati wang milik Petronas hilang begitu sahaja.

�Sepanjang tempoh 10 tahun sebanyak RM500 juta dibazirkan Petronas hanya untuk membayar gaji pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia yang rata-rata rakyat asing,� katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya setiap bulan sebanyak RM3.5 juta dibelanjakan untuk membayar gaji pemuzik yang mana setiap seorang menerima gaji sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

Sebaliknya kata Dr Mujahid apabila harga minyak di pasaran dunia naik kerajan BN mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak bagi pasaran tempatan.

Menurutnya keadaan itu menyebabkan keuntungan terus bertambah, sebaliknya kehidupan rakyat pula terbeban.

�Apa yang berlaku sekarang keuntungan besar Petronas tidak digunakan oleh kerajaan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran tempatan.

�Perkara itu berlaku kerana wang keuntungan Petronas dibazirkan kepada projek-projek mewah, projek-projek yang gagal dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat,� ujarnya.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin kerajaan BN sangat lemah dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya ekonomi dan khazanah rakyat.

Sementara itu anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah bukan memulihkan dasar sekarang tetapi menggantikannya dengan dasar lebih baik.

Antaranya kata beliau Petronas tidak lagi bertanggungjawab hanya kepada Perdana Menteri sebaliknya di letak di bawah Parlimen.

�Syarikat itu mesti melaporkan secara terperinci operasinya dalam negara termasuk operasinya di 23 negara luar seperti di Iran, Sudan dan Tukmenistan kepada Parlimen.

�Petronas juga perlu memberitahu ke mana wang keuntungan disalurkan untuk membolehkan rakyat tahu. Namun perkara itu tidak berlaku sekarang selagi kerajaan BN tidak ditumbangkan,� katanya. - mj _

Read More...

Bung Mokhtar: Ya, memang saya buat, tapi...

Malaysiakini

Rahmah Ghazali | Jul 9, 08 1:15pm

Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) hari ini mengaku membuat isyarat tangan yang dianggap lucah di Dewan Rakyat sewaktu bertikam lidah dengan ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam.

"Ya, memang saya buat tetapi bukan itu maksudnya. Setiap orang ada persepsi sendiri dan ia bukan biadap dan bukan apa yang orang fikirkan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu ketika ditemui di lobi Parlimen.

bung moktar radinGelagat beliau itu ditayang di RTM1 sewaktu siaran langsung sesi soal jawab tetapi mereka di dewan tidak perasaan kerana kamera di situ tidak memfokus ke arahnya.

Semalam, beliau menafikan membuat isyarat lucah tangan yang dianggap lucah itu.

Beliau sebaliknya berkata, ia merupakan pergerakan tapak tangan memukul tangan yang digenggam.

Bung Mokhtar juga mengulangi hari bahawa beliau marah dengan beberapa ahli Parlimen Pakatan yang memanggilnya 'bodoh' dan secara spontan berbuat demikian.

"Saya jadi marah (dengan mereka). Dan saya pukul tangan saya macam ini (memukul tangannya ke belakang tangan yang lagi satu). Ada apa salahnya?".

Read More...

"Harga minyak tak naik lagi tahun ini" Mohamed Yakcob

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 09 Julai 2008

KL: Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menegaskan kerajaan telah membuat keputusan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga hujung tahun ini walaupun terdapat kenaikan harga minyak dunia dalam tempoh itu.

Beliau berkata kerajaan akan mencari alternatif yang sesuai bagi menangani masalah kenaikan harga minyak yang berterusan. "Pada masa ini, kerajaan telah berjanji bahawa sungguhpun harga minyak dunia naik dalam tempoh hingga hujung tahun ini, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel (dalam tempoh itu)," katanya pada sesi penggulungan perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengenai persoalan monopoli Petronas dalam penjualan gas asli untuk kenderaan (NGV), Nor Mohamed menegaskan Petronas tidak memonopoli dalam penjualan NGV di negara ini dan tidak ada halangan untuk syarikat-syarikat lain untuk terbabit dalam perniagaan itu.

Beliau berkata syarikat-syarikat petroleum yang beroperasi di negara ini enggan terbabit dalam perniagaan itu kerana masalah harga.

Katanya pada masa ini harga jualan NGV dikawal kerajaan iaitu pada 68 sen seliter berbanding harga pasaran iaitu RM3.11 seliter.

"Tidak ada monopoli dalam penjualan NGV oleh Petronas. Tidak ada halangan bagi syarikat-syarikat lain untuk menceburi perniagaan ini, tetapi mereka enggan kerana mereka akan mengalami kerugian berikutan harga kawalan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Nor Mohamed berkata bagi tempoh 1997 sehingga Mac 2008, Petronas telah membelanjakan RM430 juta sebagai subsidi untuk 30,000 pengguna. Katanya selain menanggung subsidi, Petronas juga telah menanggung kos untuk menyediakan infrastuktur dan membina stesen-stesen NGV.

Pada masa ini sebanyak 73 stesen NGV telah dibina dan Petronas memberi jaminan jumlah itu akan meningkat kepada 200 stesen sebelum 2010. Selain itu, Nor Mohamed berkata beliau akan berbincang dengan kabinet mengenai rungutan daripada pekebun-pekebun kecil yang meminta menarik balik levi 15 peratus bagi setiap tan minyak sawit mentah yang melebihi RM2,000.

Read More...

Hari ini perintah Malaysia, esok turun harga minyak - Anwar

Harakahdaily

Ekmal Yusof

Wed | Jul 09, 08 | 7:26:48 am MYT


TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - "Hari ini saya nak ulang lagi, kalau kita dapat ambil alih. Menang Kerajaan Persekutuan hari ini, percayalah pada saya, saya tak cakap bohong. Menang hari ini kita ambil alih, esok harga minyak turun."

Demikian Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulanginya sekali lagi semasa berceramah di Changkat Jering dekat sini malam tadi sambil menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah seluruh Malaysia maka harga minyak akan turun serta- merta esoknya.

"Pedulikan cakap-cakap 'depa' yang iri hati jika Pakatan Rakyat dapat perintah semua negeri yang mereka rasa tak yakin saya boleh turunkan harga minyak itu. Cuba tengok, cuba tengoklah nanti. Kalau tak percaya cubalah jangan halang kami ambil alih perintah semua negeri di Malaysia. Hari ini jadi kerajaan baru, esok diturunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya,"cabarnya di hadapan kira-kira 20,000 orang penyokong parti.

Beliau yang menegaskannya dalam program "Tour Anwar Ibrahim Seluruh Malaysia" menyatakan, kalau tidak percaya maka tunggulah pada 15 Julai ini di televisyen dan beliau akan kupas dengan panjang lebar dan terperinci bagaimana cara untuk turunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya.

"Saya memang minta kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berdebat di TV pada hari itu nanti supaya semua rakyat negara ini boleh lihat berhujah dengan mereka berdua dengan tajuk 'Bagaimana Hendak Turunkan Harga Minyak',"katanya malam tadi.

Tambahnya,"di TV siaran langsung itu nanti saya katakan formula untuk turunkan harga minyak, kerana saya tahu dan yakin buat yang benar.

"Saya tidak akan rosakkan ekonomi Malaysia. Saya tahu, insya-Allah, kita ambil pelabur China, pelabur Arab, pelabur Eropah dan serampang tiga mata untuk bangkitkan semula ekonomi Malaysia."

Tapi sayang, katanya beliau yakin Perdana Menteri dan Timbalannya takut bersemuka dalam siaran tersebut dan dinyatakan tempat mereka akan diambil alih oleh Menteri Penerangan sebagai wakil kerajaan.

"Tak apalah, tak dapat tanduk akar pun boleh, saya tak pilih,"sindir Anwar dikuti tepukan gemuruh hadirin. - mks. _

Read More...

Mahathir: Pembodek kerajaan masih nyanyi lagu lama!

Mstar Online

09-07-2008 03:22:14 PM

PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamed hari ini membidas golongan yang disifatkannya sebagai pembodek-pembodek kerajaan yang masih menyanyikan lagu lama. Beliau juga musykil kenapa ramai yang masih menggelarnya diktator sehingga sekarang.

Mantan Perdana Menteri itu meluahkan ini di dalam blognya www.chedet.com hari ini

Katanya lgi, pada sidang akhbar untuk menerangkan berkenaan laporan polis terhadap Hakim Ian Chin, seorang pemberita asing masih menyalahkan beliau kerana pentadbiran kuku besi yang berlaku sekarang.

"Kononnya sikapnya ini diperturunkan daripada saya. Malahan pemberita itu juga mengatakan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang. Media Barat dan pengkritik-pengkritik saya di kalangan pembangkang dan sesetengah pihak di kalangan media tempatan telah melabelkan saya sebagai diktator semasa saya menjadi Perdana Menteri," kata Mahathir.

Label adalah satu cara untuk burukkan imej pemimpin bagi mengurangkan popularitinya.

Malah Lee Kuan Yew juga pernah melabelkan Mahathir sebagai "Malay Ultra" dan rakyat Malaysia berketurunan Cina terkejut atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, kata Mahathir.

"Mereka jangka yang saya akan merampas kekayaan dan hak mereka untuk diberikan kepada orang Melayu. Tetapi selepas saya mengambil alih, mereka bertukar fikiran dan sokong saya. Sebelum saya letak jawatan, pengundi-pengundi Cina telah pastikan saya dapat majoriti 2/3 pada 1999, pilihanraya umum terakhir yang saya terajui.

"Tetapi pemberita barat masih kekal dengan khayalan mereka yang saya ini diktator, anti kaum Cina dan perasuah disamping memberi keistimewaan kepada kroni-kroni saya. Pemberita mereka akan membaca laporan-laporan lama dan akan menganggap ianya sebagai benar.

"Mereka tidak pernah membuat sebarang penyelidikan. Sebab itu setiap kali saya mengkritik rejim sekarang, mereka dan pembodek-pembodek akan tuduh yang saya ini lebih buruk semasa menjadi Perdana Menteri.

"Terutama sekali tuduhan berkenaan pentadbiran kuku besi yang kononnya saya amalkan dalam Kerajaan dan parti. Hakikat yang mereka tidak mahu lihat ialah semasa saya pegang kerusi Presiden UMNO, pemimpin-pemimpin lain tidak takut melawan saya," kata Mahathir.

Katanya lagi, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak perlu dapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk bertemu sesiapa. Begitu juga dengan empat Timbalannya, mereka tidak perlu dapatkan kebenarannya.

"Mereka bebas berjumpa sesiapa yang mereka suka. Walaupun kerap berlaku tentangan dan kritikan terhadap saya semasa mejadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, walaupun ahli UMNO dan pemimpin parti jelas menentang saya dan hampir menjatuhkan saya, walaupun pemimpin UMNO bertanding melawan saya, pembodek-pembodek dan media Barat masih lagi berkeras mengatakan bahawa saya diktator yang lebih buruk," jelasnya.

Mahathir berkata, beliau telah meletak jawatan tanpa paksaan, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana diktator, ini tidak sedikitpun mengurangkan dakwaan diktator terhadap saya.

"Tuduhan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang akan dibangkitkan setiap kali saya mengkritik atau menunjukkan penguasaan kuku besi rejim Abdullah. Jika orang terlalu buta dan tidak dapat melihat siapa diktator dan siapa bukan, itu adalah hak mereka.

"Tetapi apabila kita sengaja menolak kebenaran kita akan hilang kredibiliti. Itulah sebabnya kenapa hari ini tidak ramai yang membaca akhbar arus perdana yang dikawal Kerajaan atau menonton laporan berita di stesen televisyen yang dikawal Kerajaan. Blog telah mengambil alih peranan media konvensyenal sebagai sumber maklumat," katanya lagi.

Dan sebab itulah juga, menurut Mahathir, beliau mulakan blog cheddet.com.

"Pengunjung yang saya terima (tiga juta dalam masa dua bulan) dan maklumbalas yang mereka buat mencerita keadaan sebenar tentang apa yang mereka rasa. Kepada majoriti yang besar di kalangan mereka saya bukan diktator. Bagi saya ini penting.

"Pembodek akan terus ulang lagu lama tetapi ini tidak akan membawa mereka kemana-mana. Jelas sekali rakyat sudah tidak percaya," kata Mahathir.

Read More...

Anwar bawa isu liwat ke JAWI

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 9, 08 10:53am

Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf - kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini," katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan"Dan saya telah dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Dalam sidang media yang sama, Kamar Ainiah memberitahu, kes ini perlu dibicarakan di mahkamah syariah.

anwar islamic department 090708 up stairs"Qazaf iaitu tuduhan penyataan palsu terhadap seseorang," katanya.

Menurutnya, jika undang-undang hudud dilaksanakan, seseorang yang melakukan kesalahan qazaf boleh dikenakan hukuman 80 sebatan apabila menuduh tanpa membawa empat saksi lelaki.

"Dalam undang-undang kita (sekarang), ada termaktub bawah akta kesalahan jenayah di mahkamah syariah. Tidak ada peruntukan yang sama dalam mahkamah sivil.

"Itu sebabnya kes ini perlu dibicarakan dan diadili di mahkamah syariah," jelas Kamar Ainiah.

Dalam sidang media yang sama juga Kamar Ainiah berkata, bahawa dalam Islam, penuduh harus membuktikan bahawa yang dituduh melakukan kesalahan tersebut.

"Dalam Islam, lelaki yang dituduh (melakukan liwat) adalah tidak bersalah. Siapa yang menuduhnya harus membawa saksi, bukannya seseorang (yang dituduh) untuk bersumpah sebab sumpah adalah sebahagian daripada pembuktian.

"(Bersumpah) ini bukan untuk beliau (Anwar) membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Tetapi) ini adalah untuk penuduh untuk membuktikan beliau bersalah," jelasnya.

Kamar Ainiah mengulas soalan wartawan kepada anak guamnya sama ada bersedia menggunakan kaedah mubahalah atau bersumpah.

Sehubungan itu, Anwar berkata beliau menyerahkan hal tersebut kepada ulama.

"Cadangan Umno untuk menjunjung al-Quran bukan daripada tradisi Islam. Dan pandangan mufti Perlis adalah pandangan umum. Ia adalah pandangan umum dan tidak spesifik kepada kes saya. Itulah yang beliau memberitahu saya," kata Anwar.

Beliau menambah, ulama telah menasihati dan memberi amaran kepadanya agar tidak mengambil tindakan yang boleh melanggar peruntukan undang-undang Islam kerana dampaknya meluas kepada orang ramai.

"Ini adalah tuduhan jenayah yang perlu disiasat. Tidak ada dalam undang-undang Islam yang membenarkan untuk bersumpah sebab tuduhan jenayah ini, beban pembuktian terletak kepada penuduh.

"(Ulama menasihatinya) Anwar, jangan keluarkan kenyataan atau bertindak (bersumpah) kerana apa yang kamu akan lakukan akan memperngaruhi sebahagian besar umat Islam. Jika kamu lakukan ini, maka kamu telah melanggar syariah," kata Anwar.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |