| Malaysiakini |
| Hafiz Yatim | Nov 14, 08 7:05pm |
| Timbalan Pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pendakwa tidak akan memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda, daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu. Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri. Pihak pendakwa mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan terhadap penghakiman tersebut. |
Friday, November 14, 2008
Pendakwa tidak rayu pembebasan Razak
1 comments Labels: Altantuya, mahkamah, malaysiakini
Pemborong tentukan harga kedai runcit
Kosmo Online
Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Ramai peruncit mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum bertindak menurunkan harga barangan keperluan seperti yang disaran oleh kerajaan mulai minggu depan.
Menurut mereka, penurunan itu akan bergantung kepada harga barangan yang dibekalkan oleh pemborong dan ia tidak boleh dilaksanakan tanpa sokongan pihak terbabit.
Menurut seorang peruncit yang mahu dikenali sebagai Din, 25, beliau sedia untuk menurunkan harga, tetapi pemborong mestilah membekalkan barangan dengan harga lebih murah.
Katanya, harga beberapa barangan runcit di kedainya mungkin diturunkan mulai minggu depan, tetapi dia masih belum mengenal pasti jenis barangan nanti.
"Kita masih tunggu dan lihat, jika pemborong tidak menurunkan harga, kami tidak boleh menurunkan harga semata- mata kempen itu kerana perniagaan kami juga harus dipertimbangkan," katanya.
Jelas beliau, antara barang yang dijangka akan turun termasuklah beberapa barangan keperluan seperti minyak masak dan beras.
"Berapa kadar baru, saya tak dapat pastikan sehingga barang dihantar pemborong mulai minggu depan," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai runcit di Pandan Indah yang dikenali sebagai Nazaruddin berkata, kempen penurunan harga itu dialu-alukan, tetapi pembekal perlu memainkan peranan dengan meletakkan harga yang lebih munasabah kepada peruncit.
0 comments Labels: barang naik, kosmo
Campurtangan Bukan Islam boleh menimbulkan Huru-hara
| Buletin Online
| | | |
| Ditulis oleh Wartawan Buletin | |
| Thursday, 13 November 2008
| |
Kuala Terengganu - Tindakan pihak-pihak bukan Islam yang campurtangan dalam urusan dan hal ehwal Umat Islam dibimbangi boleh menimbulkan huru-hara.
Presiden Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY) Dato’ Abu Bakar Chik menyatakan demikian sebagai respon kepada tindakan dua NGO bukan Islam yang membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.
|
0 comments Labels: buletin online, fatwa, hina Islam
GPMS sokong kenyataan K.Polis Negara: Jangan perlekeh kenyataan Majlis Fatwa
GPMS mengalu-alukan kenyataan amaran yang tegas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan kecenderungan sesetengah NGO yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘pengkid’ tempohari.
GPMS menganggap kenyataan amaran tersebut adalah amat tepat bagi menentukan tidak ada pihak yang berterusan memperkecilkan peranan Majlis Fatwa dan mempermainkan keputusan yang telah diambil oleh Majlis tersebut.
Dalam kenyataannya hari ini, Presiden GPMS, Dato' Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS cukup percaya - fatwa adalah suatu keputusan ulama’ yang cukup teliti dan berhemah, diperkasa lagi dengan sandaran rujukan agama yang tuntas dan padu. Sewajarnyalah, keputusan seperti ini tidak disanggah dan wajib dihormati oleh semua pihak.
"GPMS ingin menyatakan kekesalan yang teramat sangat dengan tindakan beberapa NGO seperti Katagender dan Food-not-Bombs yang mengadakan demonstrasi berkenaan isu sama baru baru ini. GPMS ingin mengingatkan mereka bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah terkait langsung dengan soal hukum agama. Ianya tidak wajar sama sekali dibawa ke jalanan sebagai modul demonstrasi yang sempit dan dangkal," katanya.
GPMS ingin sekali lagi menegaskan bahawa agenda keterbukaan mestilah diiringi dengan rasa tanggungjawab dan amanah kepada keharmonian hidup bermasyarakat. Tindakan mencampuri urusan dan mempertikai keputusan Majlis Fatwa boleh disifatkan sebagai amalan yang kurang ajar dan tidak menghormati institusi agama. Keterlibatan kalangan bukan Muslim dalam darihal ‘fatwa’ ini juga boleh mendatangkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.
GPMS juga ingin menyelar beberapa tulisan yang turut mempersoalkan tindakan yang diambil oleh Majlis Fatwa. Mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa, dengan menggunakan istilah ‘individualism’, ‘kesaksamaan gender’, ‘kebebasan’ dan sebagainya bukanlah suatu tindakan yang baik dan dialu-alukan. Suka diingatkan bahawa keputusan Majlis Fatwa adalah bersandarkan lunas perundangan dan hukum Islam yang jelas.
Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sebuah institusi agama yang wajar dihormati dan disantuni oleh segenap kelompok masyarakat. Keputusan yang diambil secara ‘konsensus’ dan dengan persetujuan para mufti, bukanlah suatu keputusan polisi dan dasar yang terlalu wajar untuk didebatkan secara terbuka. Minda yang rasional semata-mata tidak boleh menghalalkan perkara yang tidak wajar pada pandangan agama.
Jelas Reezal, "GPMS amat mengharapkan agar amaran Ketua Polis Negara dapat dijadikan sebagai sempadan pandangan kepada mana-mana pihak yang terus celupar untuk mempersoalkan hukum agama. Kita jangan terlalu terbawa-bawa dengan budaya keterbukaan yang songsang – sehingga sanggup menidakkan dan bersikap celupar terhadap institusi agama seperti Majlis Fatwa."
Katanya lagi, dalam isu yang berkaitan dengan agama, kita perlu mempunyai suara yang tegas, apatah lagi tunduk dengan desakan NGO yang entah apa asas ‘akal budinya’.
"Jangan kita terlalu ghairah untuk mencampur-adukkan semua perkara, sehingga gagal menyantuni pandangan para ulama’ dan mufti," kata Reezal.
0 comments Labels: fatwa, hina Islam, mstar online
Pulau Pinang : Tidak boleh guna tiket kelas pertama, hotel mewah
| Harakahdaily Thu | Nov 13, 08 | 11:28:46 am MYT | |
| BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan. Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah. Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang. Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri. Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat. Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana. Katanya, beliau merasakan lebih selesa mengamalkan sikap berjimat cermat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin yang membazirkan wang rakyat. Mengulas lanjut isu berkenaan Fairus menjelaskan, "Jika perlu, mereka boleh menaiki Air Asia. Arahan ini membabitkan semua pegawai tertinggi kerajaan." Mengenai majlis anjuran kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri menjelaskan, ia boleh diadakan di Dewan Serbuna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian. "Arahan telah dikeluarkan, tidak dibenarkan sebarang penganjuran program kerajaan negeri di hotel. "Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan), yang penting majlis yang dianjurkan mencapai objektif. Oleh itu kita harap semua ketua jabatan kerajaan akur dengan arahan ini," tegasnya. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, PR Pulau Pinang
Kenyataan Mahathir amaran kepada Melayu
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri merupakan amaran tegas kepada orang Melayu supaya tidak mengambil mudah sesuatu perkara.
‘‘Kalau berlaku pergeseran yang mana Melayu tidak bersatu atau tidak bercakap dalam satu nada, kita akan lihat orang lain menerajui kerajaan.
‘‘Ia adalah amaran tegas, khususnya kepada orang Melayu supaya mereka sentiasa bersatu padu untuk menerajui kepimpinan negara kerana sudah 52 tahun ahli daripada UMNO menjadi Perdana Menteri dan ini tidak salah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Pameran Perdagangan Antarabangsa (Intrade) Malaysia dan Forum Perdagangan Perdagangan Antarabangsa (KLITF) 2008, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang membidas pihak tertentu yang cuba membangkitkan persoalan tentang keperluan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atas alasan agar negara tidak dilihat mengamalkan perkauman.
Menurutnya, parti yang mewakili kaum Melayu, sebagai contoh UMNO yang mengetuai parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili Cina, India, penduduk Sabah atau Sarawak perlu terus kukuh dan bersatu bagi memastikan orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri sama ada secara tradisi atau konvensyen.
‘‘Apa yang dikatakan oleh Tun tidak harus mewujudkan polemik kerana ia (kenyataan) yang berasaskan kepada apa yang terkandung dalam perlembagaan yang tidak menyatakan Perdana Menteri mesti berasaskan kaum.
‘‘Bagaimanapun, saya tidak mengatakan sama ada saya bersetuju atau tidak mengenainya,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu bergantung kepada rakyat dan senario politik negara pada masa hadapan.
0 comments Labels: melayu kita, perkauman, utusan
Aku Dah Tak Ego Lagi,Kali Ini Aku Mengaku Aku Bodoh…
Nazri kesal buat kenyataan enam hakim bukan dipecat
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.
“Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup…saya katakan ‘mereka mungkin dipecat’.
“Itu tidak benar sebenarnya. Saya faham mereka tidak dipecat kerana mereka menerima pencen sejak 20 tahun yang lalu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.
Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.
Nazri menjelaskan kekeliruan itu berlaku kerana perkara tersebut tidak seperti kebiasaannya.
“Dalam kerajaan, bila kita diberikan pencen, kita faham kita tak buat apa-apa kesalahan, tapi kalau kita dipecat, pencen tidak akan diberikan.
“Tapi dalam kes ini hakim-hakim itu terima pencen. Namun saya ambil masa untuk semak semula dan dapati ada surat daripada Yang Dipertuan Agong meminta supaya pencen tetap diberikan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan, akan diketahui minggu hadapan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyak implikasi.
Komen Pahangdaily
Maka sekarang, memang terbukti bahawa Nazri Aziz memang “berbohong” di parlimen perihal isu Ex-Gratia Hakim baru-baru ini. Biarpun beliau akui kesilapannya, tetapi rakyat harus sedar bahawa memang Nazri banyak berbohong selama ini. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong oleh parlimen!.
Cara beliau menjawa soalan yang dikemukan kepadanya dulu, dalam keadaan yang terlalu yakin dan sombong seolah-olah beliau tahu segalanya tentang hal ini. Jika begini sikapnya menteri UMNO, maka sahlah bahawa rakyat telah tersalah membuat pilihan mereka selama ini. Nazri harus letak jawatan! kerana beliau tidak layak menjadi menteri. Semoga rakyat sedar semua ini.
0 comments Labels: bloggers united, pemimpin haprak
Iran dakwa peluru berpandu mampu sasar Israel, Eropah
Mahmoud beri amaran bertindak balas jika terima ancaman
TEHERAN: Iran berkata mereka berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh generasi baru yang mampu mensasarkan serangan sejauh Israel sehingga tenggara Eropah, kelmarin.
Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammed Najjar, dalam siaran televisyen berkata, peluru berpandu 'Sajjil' itu adalah peluru berpandu bahan bakar padu yang mampu mencapai jarak 1,930 kilometer (km).
Najjar berkata, peluru berpandu dua fasa dengan dua enjin bahan bakar padu itu memiliki 'kemampuan luar biasa' tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Katanya, peluru berpandu itu akan digunakan sebagai senjata pertahanan dan bukan bertujuan untuk serangan terhadap ancaman dihadapi Iran.
Beliau berkata, peluru berpandu itu adalah sebahagian 'strategi pertahanan dan pencegahan dengan objektif utama mempertahankan negara'.
Tentera Amerika dan agensi perisikan luar turut memantau ujian peluru berpandu itu pada jarak 360km dari tenggara Tehran dan seorang pegawai kanan tentera Amerika berkata, peluru berpandu itu terbang sembilan saat dan mencapai jarak 290km sebelum berubah haluan dan meletup.
Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapannya sempena pelancaran peluru berpandu itu memberi amaran kerajaannya akan bertindak balas terhadap ancaman dihadapi mereka.
Beliau berkata, adalah tidak penting siapa yang menjadi Presiden Amerika kerana soalan lebih penting adalah bagaimana corak pentadbiran negara itu pada masa akan datang. � AP
0 comments Labels: Berita Harian, Negara Islam, pertahanan
Beliau mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.




