| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Dec 3, 08 7:22pm |
| Jawatankuasa penyelaras Umno bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan Ladang sebulat suara menyokong Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kuala Terengganu. 'Pegang jawatan' Sementara itu, Umno bahagian difahamkan akan menyenaraikan tiga nama untuk dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut. 'Peluang BN cerah' "Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian," katanya. |
Wednesday, December 3, 2008
Wan Farid hampir pasti calon BN
0 comments Labels: malaysiakini, terengganu, tolak BN
Kerajaan Somchai tumbang
PAD akhiri tunjuk perasaan
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam membubarkan tiga parti utama pakatan kerajaan dan mengharamkan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat, daripada terbabit dalam politik, sekali gus menjatuhkan kerajaan yang sejak Ogos lalu berdepan dengan bantahan penunjuk perasaan.
Berikutan keputusan mahkamah itu, kumpulan antikerajaan yang diketuai Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD), memutuskan menamatkan tunjuk perasaan jalanan selama enam bulan, termasuk menawan pusat pentadbiran negara di Rumah Kerajaan dan menutup dua lapangan terbang utama Bangkok, hari ini.
Somchai yang dilarang mahkamah daripada terbabit dalam politik selama lima tahun selepas partinya, Parti Kuasa Rakyat (PPP) bersama dua parti pakatannya, Machima Thipatai dan Chart Thai, dibubarkan atas kesalahan penipuan undi pada pilihan raya umum 2007, akur dengan keputusan itu.
"Tugas saya sudah selesai. Saya kini seorang rakyat biasa," kata Somchai, 61, kepada wartawan di Chiang Mai.
Beratus penyokong kerajaan berhimpun di luar bangunan mahkamah di Bangkok yang dikawal polis antirusuhan ketika hakim mengumumkan keputusan pembubaran itu.
Ahli Parlimen pakatan enam parti yang memerintah berikrar untuk membentuk kerajaan baru tanpa Somchai pada 8 Disember ini - satu perkembangan yang mungkin mencetuskan semula bantahan PAD.
"Keputusan itu tidak memeranjatkan kami," kata Jakrapob Penkair seorang pemimpin parti kerajaan.
"Ahli kami di Parlimen akan menubuhkan kerajaan baru kerana kami masih mempunyai majoriti," katanya.
Sementara Perdana Menteri dan kerajaan baru dipilih Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Pertama, Chavarat Charnvirakul akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara, kata jurucakap kerajaan.
Somchai, seorang bekas peguam hanya menjadi Perdana Menteri selama tiga bulan selepas mengambil alih daripada Samak Sundaravej yang meletak jawatan 9 September lalu apabila Mahkamah Perlembagaan memutuskan beliau melanggar Perlembagaan dengan menjadi hos rancangan masakan di televisyen.
Samak sendiri menjadi Perdana Menteri selepas memenangi pilihan raya pada 2007 yang diadakan berikutan rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan sekutunya, Thaksin Shinawatra pada 2006. - AFP/Reuters
0 comments Labels: Berita Harian, negara luar, rusuhan
Banjir di Kuala Terengganu masih buruk, Kelantan beransur pulih
TURUN PADANG... Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt. Norazizan Anan (kiri) menasihati beberapa penduduk supaya berpindah lebih awal bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku ketika meninjau beberapa buah rumah yang ditenggelami air banjir di Kampung Simpangan.KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kuala Terengganu, daerah yang terjejas teruk akibat banjir tahun ini, masih tidak berubah manakala di Kelantan keadaan semakin pulih berikutan cuaca yang baik.
Jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu sehingga pukul 6 petang ini masih melebihi 1,000 orang manakala di Kelantan, hanya dua daerah yang masih dinaiki air iaitu Pasir Mas dan Tumpat.
Di KUALA TERENGGANU, jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata seramai 900 daripada 956 mangsa banjir di Marang dibenarkan pulang hari ini dan daerah itu dijangka pulih sepenuhnya jika tiada hujan lewat petang ini.
"Keadaan banjir di Kuala Terengganu masih buruk dengan 1,692 orang daripada 334 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Pengkalan Kubur ke Kampung Tembila, Besut kerana ditenggelami air sedalam 0.8 meter manakala Jalan Jeram Pulau Bahagia di sini, ditutup kepada kenderaan ringan.
Jurucakap itu berkata paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di tahap biasa kecuali sungai Setiu di Kampung Bukit yang mencatat 12.39 meter iaitu melebihi paras bahaya dan sungai Marang di Pengkalan Berangan mencatat 12.54 meter (amaran 12.50 meter).
Di KOTA BAHARU, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan di negeri ini sehingga pukul 5.30 petang ini ialah 1,691 orang iaitu 1,098 di Pasir Mas manakala 646 orang di Tumpat.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata pusat pemindahan di Tanah Merah, Kota Baharu dan Kuala Krai ditutup sepenuhnya hari ini dan semua jalan utama dibuka untuk laluan kenderaan termasuk jalan Rantau Panjang Panglima Bayu.
Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim hari ini menjelaskan bahawa jumlah korban akibat banjir di Kelantan adalah enam orang, dan bukannya lima seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata korban banjir pertama di negeri itu ialah seorang murid perempuan Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Banggol Saman, Siti Nor Izzati Fikriah Che Rozuki, 8, yang ditemui mati lemas di dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Batu Tinggi, Kok Lanas di sini 26 Nov lepas.
Lima korban banjir yang dilaporkan dari 30 Nov hingga semalam Nik Zulkifli Nik Kob, 26, Nur Amalia Ayob, 11, Salman Hakimi, 16, Mohamad Azdi Fikri Zakaria, 15, dan Osman Majid, 29. BERNAMA
0 comments Labels: bencana alam, mstar online
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
| Malaysiakini |
| Dec 2, 08 5:17pm |
| Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini. Perdana menteri berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya. Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini. |
0 comments Labels: harga minyak, malaysiakini
Sunday, November 30, 2008
Tan Yee Kew kata ramai orang samakan Anwar dengan Obama?
| Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Nov 29, 08 | 12:13:50 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dalam ucapan aluannya sempena Kongres KeADILan hari ini menyatakan ramai orang menyamakan kegigihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama seperti Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Obama. Ujarnya, kegigihan Anwar dalam bekerja bagi memastikan isu rakyat terus diutarakan dan nasib rakyat terus terbela sama seperti juga kegigihan Obama dalam berkempen pada pilihan raya presiden Amerika beberapa minggu lalu. Beliau memuji kegigihan kepimpinan Pakatan Rakyat dan KeADILan yang tidak mengira waktu berusaha untuk rakyat setiap hari dari pagi hingga ke larut malam. Beliau tidak melihat situasi ini dalam kerajaan BN semasa menyertai pentadbiran kerajaan Umno/BN sebelum ini. Apa yang pasti katanya, apa sahaja yang pernah dikemukakan oleh rakyat sebelum ini kurang mendapat perhatian oleh pemimpin Umno/BN. Sebaliknya pemimpin KeADILan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kebajikan rakyat akan terbela, ujarnya yang baru sahaja menyertai KeADILan selepas keluar dari MCA. Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam upacara perasmina kongres di Stadium Malawati Shah Alam hari ini ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok./wann _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ziarah Keluarga Dato’ Razali
| Buletin Online
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay | |
| Saturday, 29 November 2008
| |
“Bagi pihak PAS Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan diharap masing-masing dapat bersabar,” ujarnya kepada pihak media.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat turut serta menziarahi keluarga Allahyarham kerana berada di tanah suci bersama Adun Batu Burok, Dr
Hadir sama menziarahi Allahyarham Dato’ Razali, Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Haji Shukrimun Shamsudin. |
0 comments Labels: buletin online, PAS, terengganu
Pertembungan impian: Wan Mutalib lwn Wan Farid


KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid.
Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ.
Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu.
Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini.
Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali.
Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut.
0 comments Labels: PAS, siasahdaily, terengganu, UMNO
Kuala Terengganu: ‘taruhan besar’ bagi BN dan PAS
Agenda Daily
Al-Fatihah... atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.
Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.
Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.
Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.
Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.
Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.
Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.
Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.
Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,
Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.
Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.
Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.
Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.
Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.
Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.
Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.
Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.
Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.
Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.
Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.
Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.
Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.
Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.
"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.
Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.- 29/11/2008
0 comments Labels: agenda daily, PAS, UMNO
Batu Buruk dan Ladang adalah antara empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu. Dua lagi ialah Wakaf Mempelam dan Bandar.
Anwar yang menggalas tugas sebagai Ketua Umum KeADILan tidak pernah jemu untuk berusaha memastikan parti dapat berjalan dengan baik dan kebajikan rakyat terbela, ujar Tan yang juga Ketua Penerangan KeADILan Selangor.