+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 25, 2008

BN pandang berat laporan 30 wakil rakyatnya berpaling tadah - Najib


Utusan Online

25/04/2008 1:06pm

PUTRAJAYA 25 April — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen dari parti itu akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

“Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, yang mengandungi PKR, DAP dan PAS, untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan kerana pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Sekiranya 30 wakil rakyat BN keluar parti, ia akan hanya mempunyai 110 orang saja.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua Anggota Parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata : “Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.”

“Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.”

“Namun), kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik.” - Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |