+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 30, 2008

Industri ternakan ayam bakal lumpuh

Utusan Online


KUALA LUMPUR 29 April - Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia mendakwa industri ternakan ayam di negara ini berkemungkinan lumpuh tidak lama lagi ekoran peningkatan kos pengeluaran haiwan itu.

Persekutuan itu dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan kos pengeluaran sekilogram ayam kini RM4.35 berbanding harga siling kerajaan RM4.

"Ekoran kenaikan kos pengeluaran melambung tinggi tanpa henti-henti akibat kekurangan bijirin sedunia, kami terus dikongkong di paras bawah kos pengeluaran.

"Kami mengalami kesengsaraan ini secara diam dan apabila cuba mendapat simpati melalui media massa, kami diugut pihak kerajaan sedia membuka import dari negara luar seperti Amerika Syarikat, China dan lain-lain," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, persatuan telah berulang kali cuba mendapatkan penyelesaian daripada kerajaan tetapi hanya diminta menunggu.

"Sementara kerajaan mengambil masa membuat keputusannya, banyak ladang ternakan kecil-kecilan gulung tikar," katanya.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, pihak persatuan mencadangkan agar sistem harga siling ditamatkan dan harga ayam ditetapkan berdasarkan faktor permintaan dan penawaran.

"Kami hanya mahu satu penyelesaian supaya mata pencarian kami tidak terjejas, sebagai warga Malaysia, permintaan kami adalah wajar," katanya.

Tambah kenyataan itu, jika industri penternakan ayam di negara ini lumpuh, maka ia akan melibatkan kehilangan pekerjaan untuk ribuan orang.

"Antara mereka terlibat ialah beribu-ribu pekerja ladang ternakan, pekerja kilang pemprosesan ayam, pekerja pengangkutan dan industri berkaitan," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |