Kalau setakat sepuluh tahun kelibatnya tidak kelihatan di parlimen belum cukup untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumpuan semasa muncul di majlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selasa.
Rentetan kisah-kisah politik selepas pilihanraya umum 8 Mac yang memberi nafas baru kepada pembangkang membuatkan ramai yang nak tahu apa ceritanya semasa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat di majlis itu.
Ini lebih-lebih lagi dakwaannya ada sebilangan ahli parlimen Barisan Nasional nak menyeberang ke kem pembangkang dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang selewat-lewatnya September ini.
Asalnya ada sedikit salah faham Isnin bila Wan Azizah mendakwa tidak menerima kad jemputan macam ahli parlimen lain yang membolehkan pasangan mereka menghadiri majlis itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menyapa sejenak Perdana Menteri serta sebilangan menteri.
Anwar,60 tetap dengan stailnya bersahaja sepanjang berada pada majlis itu.Beliau turut menyaksikan perjalanan perasmian dari galeri awam Dewan Rakyat.
Semasa ditemui para wartawan Anwar tidak menyembunyikan azam politiknya untuk ‘menawan parlimen’.
“Sekarang saya sudah masuk…saya tak akan keluar,”katanya.
“Saya fikir tak banyak masalah tapi kita bincang dululah dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Terlalu awal sekarang,”ujarnya. GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12
Anwar bagaimanapun tetap bermain teka teki mengenai spekulasi mengatakan beliau akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil untuk melangkah masuk secara rasmi ke parlimen.
Apapun kata Anwar beliau mahu para ahli parlimen pembangkang menjadi suara yang mengegarkan parlimen.- 29/4/2008
--------------------------------
Salahuddin Ayub (PAS- Kubang Kerian),Azmin Ali (PKR-Gombak),Khairy Jamaluddin (BN-Rembau),Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) dan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Khairy Jamaluddin
Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) dan Azmin Ali
Tetap mesra...Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz dengan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sambil diperhatikan Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju)
Datuk Seri Rafidah Aziz (BN- Kuala Kangsar) dan rakan-rakan ahli parlimen semasa majlis jamuan selepas majlis perasmian.
0 comments:
Post a Comment