Malaysiakini |
Apr 26, 08 9:16pm |
![]() Beliau berkata, pertandingan itu mestilah dijalankan dengan syarat tanpa mengamalkan politik wang, berhemah dan tidak memecahbelahkan perpaduan parti. "Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden," katanya kepada pemberita di majlis 'Pilihanraya umum ke-12 Barisan Nasional hilang sokongan pengundi muda: Di mana silapnya', sebagai tetamu kehormat, di Machang hari ini. Menurut laporan Bernama, ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh sebelum ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan presiden Umno. Mukhriz berkata kesediaan mereka tidak perlu dihalang dan patut diberi peluang untuk membolehkan perwakilan Umno memilih calon yang benar-benar layak bagi memulihkan kekuatan Umno yang tercalar berikutan kekalahan teruk pada pilihanraya ke-12 pada 8 Mac. Beliau sebelum ini mengisytiharkan akan bertanding bagi mengisi jawatan ketua pergerakan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein. |
Sunday, April 27, 2008
Mukhriz: Najib pun boleh cabar presiden
Posted by
Sang Pemantau
at
1:29 PM
Labels: malaysiakini, najib razak, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment