+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 3, 2008

Beberapa Persoalan Idris Kena Jawab dari Laporan Ketua Audit Negara 2006

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Friday, 02 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/audit2006.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Laporan Ketua Audit Negara dibuat berdasarkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan serta aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu menitahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Terengganu Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara yang mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2006 menemui beberapa perkara yang menimbulkan persoalan kepada pengurusan kewangan kerajaan negeri Terengganu.

Dibawah Tajuk 10 Penemuan Audit dan tajuk kecil 10.6 Pengurusan Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah Dan Deposit dan sub-tajuk 10.6.3 Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Ketua Audit Negara telah membuat catatab yang berikut;


Beberapa persoalan dari Akaun Amanah Dana Khas, Program Penganjuran Monsoon Cup Negeri Terengganu, Projek Pembangunan Pulau Duyung dan Projek Pembangunan Pulau Wan Man


Akaun Amanah Dana Khas ditubuhkan pada 1 Jun 2006 manakala 3 akaun amanah lagi diwujudkan pada 1 September 2005. Akaun amanah ini ditubuhkan di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan 1957. Akaun Amanah Dana Khas bertujuan untuk mengakaunkan wang yang diterima bagi melaksanakan program yang dibiayai di bawah Dana Khas sumbangan Kerajaan Persekutuan.

Akaun Amanah Program Penganjuran Monsoon Cup bertujuan untuk membiayai program penganjuran sukan kapal layar yang dikenali sebagai Monsoon Cup Negeri Terengganu yang diadakan setiap akhir tahun.

Akaun Amanah Projek Pembangunan Pulau Duyung pula adalah untuk mengakaunkan perbelanjaan bagiprojek pembangunan Pulau Duyung Negeri Terengganu.

Manakala Akaun Amanah Projek Pembangunan Pulau Wan Man Negeri Terengganu pula ditubuhkan bertujuan untuk projek pembangunan Pulau Wan Man.

Kesemua Akaun ini dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri dan sumber utama adalah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Mengikut arahan amanah, semua terimaan dan bayaran yang dibuat kepada dan daripada akaun ini hendaklah diperakaunkan oleh Perbendaharaan Negeri dan penyata yang menunjukkan segala penerimaan dan perbelanjaan bagi tahun kewangan hendaklah dikemukakan untuk diaudit selepas 31 Disember dan tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.

Semakan Audit mendapati seperti berikut:

i) Pihak Audit tidak dapat memastikan kedudukan baki wang yang disalurkan sama ada kepada Jabatan, Agensi atau pihak yang berkenaan kerana Penyata Terimaan dan Bayaran tidak menunjukkan butiran terperinci penerimaan dan perbelanjaan.
Manakala Jabatan/Agensi atau pihak yang berkenaan pula tidak mengemukakan butiran perbelanjaan sebagai sokongan kepada penyata yang disediakan.

ii) Bagi Akaun Amanah Program Penganjuran Monsoon Cup, selain daripada bayaran sejumlah RM4 juta terdapat perbelanjaan lain yang tidak diambil kira seperti perbelanjaan melalui pendahuluan diri oleh Jawatankuasa Kecil Pengangkutan Sempena Kejohanan Monsoon Cup 2006 yang berjumlah RM75,991 dan perbelanjaan di bawah kelulusan AP58(a) berjumlah RM21,636 yang diluluskan pada 25 Mac 2007

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |