+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 3, 2008

www.chedet.com - Mahathir kini blogger

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Khamis, 01 Mei 2008

TUN Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang.

Mantan perdana menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pindaan perlembagaan sedangkan kerajaan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen.

dr mahathir blog chedet dot com website 010508Dalam tulisan sulung di blognya "Dr Mahathir Mohamad" (www.chedet.com), beliau berkata pindaan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi ahli parlimen pembangkang.

"Apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan pembangkang berkenaan isu ini, dan menunjukkan kelemahan mereka (kerajaan) sendiri?

"Adakah ia akan memulakan quid pro quo (sesuatu untuk sesuatu), tawar-menawar dengan pembangkang? Tentu menarik melihat bagaimana PM bercadang mengendalikan hal ini."

Beliau juga bertanya kedudukan dan peranan perdana menteri dalam suruhanjaya.

"Tentu menarik jika kita dapat mengetahui perincian lengkap prosedur (suruhanjaya), terutamanya peranan perdana menteri," katanya.

bar council judiciary dinner 170408 salleh abas gani patail zaid ibrahim Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Abdullah pada majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Peguam 17 April lalu.

Ia ditubuhkan untuk memulihkan kewibawaan sistem kehakiman yang dianggap tercemar sejak krisis 1998. Di majlis yang sama, perdana menteri juga mengumumkan bayaran ex-gratia kepada lima bekas hakim kanan yang terbabit dalam krisis itu, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abbas.

Dr Mahathir membangkitkan persoalan-persoalan itu berikutan tiada keterangan lanjut dibuat selepas pengumuman dua minggu lalu.

"Adakah suruhanjaya ini akan melantik sendiri hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk persetujuan PM, atau adakah suruhanjaya itu mencadangkan (nama-nama) terus kepada (Yang di-Pertuan) Agong supaya baginda dapat menggunakan kuasa istimewanya (melantik hakim)?" katanya.

"Atau perlukah Agong menunggu perkenan Majlis Raja-raja Melayu? Atau Majlis Raja-raja hanya memberi nasihat seperti amalan sekarang?

"Atau Raja-raja berhak menolak calon (hakim), dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon baru yang menjadi pilihan mereka?"

Tambahnya, pelantikan hakim telah termaktub dalam perlembagaan dan sebarang perubahan harus melibatkan pindaan dokumen penting tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |