+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 13, 2008

Khalid Ibrahim perjelas tindakan pemberian air percuma Selangor

Harakahdaily

Nyza Ayob

Tue | May 13, 08 | 4:14:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (KeADILan-Bandar Tun Razak) menyangkal kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menganggap pemberian air secara percuma oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya sebagai satu pembaziran.

Jelasnya kerajaan Selangor bersedia untuk memberi air secara percuma, kerana ia merupakan salah satu usaha kebajikan daripada kerajaan Selangor kepada rakyatnya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

"Terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang 'mencemburui' kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor. Mungkin ramai kerajaan lain yang 'cemburu' dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan penggunaan yang tidak digunakan," katanya.

Katanya, mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter padu yang kedua yang telah dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu yang kedua, harganya akan tetap dinaikkan.

"Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu pemberian percuma ini melatih masyarakat supaya berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan satu pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya mereka dapat mempraktikkan cara ini," katanya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasannya, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberikan kerana tempoh perbahasan yang diberikan hanya 15 minit kepada setiap ahli parlimen.

Dalam pada itu, Khalid turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa pemberian air percuma merupakan rasuah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor.

"Ahli Parlimen Pontian boleh menulis surat kepada Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu dan sekiranya di kalangan Umno yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma bolehlah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma tersebut.

"Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan," katanya yang disambut tepukan meja ahli parlimen Pakatan Rakyat tanda sokongan. - mns

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |