+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, May 13, 2008

Isu Karpal dicetus cubaan media tutup kelemahan pemimpin negara

Harakahdaily

Salmah Mat Husain

Mon | May 12, 08 | 4:05:06 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 12 Mei (Hrkh) - Media masa di negara ini sepatutnya mengetengahkan isu-isu lain yang dianggap lebih penting berbanding isu membabitkan Karpal Singh.

Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, media sebenarnya banyak mengeksploitkan kenyataan Pengerusi DAP sehingga ia dianggap menyimpang daripada kenyataan asal.

�Sebenarnya masih banyak lagi isu lain yang perlu diketengahkan terutamanya kekurangan dan kenaikan harga beras yang cukup membebankan rakyat sekarang,� katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya juga adalah menjadi hak Karpal untuk menyuarakan pendapat peribadinya atas kapasiti sebagai seorang pemimpin.

Namun kata beliau sekiranya media tidak memberi liputan meluas terhadap isu tersebut, ia tidak akan menjadi besar dan berpanjangan.

�Jadi saya harap media usah memperbesarkan isu itu sahaja, jangan pula ikut rentak dia (Karpal), kalau tak sampai bila pun tak selesai.

�Dalam keadaan sekarang media sepatutnya memberikan fokus kepada isu dan agenda negara menghadapi cabaran yang lebih besar khususnya bidang ekonomi,� ujarnya.

Katanya juga ekonomi dunia sekarang semakin terancam dan ia memerlukan perhatian pemimpin negara dan bukannya menyembunyi kekalahan teruk pemimpin Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, bekalan beras semakin tidak mencukupi di samping melambung tinggi harganya perlu mendapat perhatian media.

�Pakatan Rakyat juga perlu bekerjasama menangani masalah ini dan media juga perlu fokuskan agenda nasional bukannya cuba menutup kelemahan pemimpin negara,� ujarnya. - mj

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |