Malaysiakini |
Jun 24, 08 12:15pm |
Usul tergempar yang dibawa oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang - bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu - ditolak. Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul wakil Ipoh Timur itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang berjalan sekarang. Dalam usulnya semalam, Lim berkata dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan umum untuk dibahaskan. Lim juga berkata akuan bersumpah penulis sensasi itu mengaitkan tuduhan serius itu terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak. Raja Petra, dalam akuannya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. |
Tuesday, June 24, 2008
Altantuya: Usul tergempar DAP ditolak
Posted by
Sang Pemantau
at
8:32 PM
Labels: Altantuya, DAP, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment