Berita Harian
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap yakin pembangkang dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada 16 September ini, meskipun beliau kini berdepan dengan dakwaan liwat.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Pakatan Rakyat berada di landasan betul untuk mencapai matlamat itu.
“Tidak, kita tidak mengubah tarikh yang disasarkan September ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini semalam.
Pada April lalu, Anwar dilaporkan yakin dapat berbuat demikian dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.
Mengenai cadangan muzakarah antara Umno dan Pas, beliau berkata, tiada sebab baginya mempersoalkan hasrat pemimpin tertinggi Pas untuk berbuat demikian kerana mereka sudah memberi jaminan kepadanya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan kekal dan tidak berubah.
Thursday, July 24, 2008
Anwar yakin Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan
Posted by
Sang Pemantau
at
1:58 PM
Labels: Berita Harian, DSAI, Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kan Pakatan sudah diberi peluang dalam PRU dulu dan menang 5 negeri. Kenapa tak boleh mengambil alih kuasa dengan cara yg betul dan berdemokratik? kerajaan yg berlandaskan MP lompat parti ni nampak macam satu gurauan yang amat besar sekali.
Anwar dan lakonannya lagi. Kata 30 wakil rakyat yang masuknya 3 sahaja. Yang zero kat belakang tu pergi mana?
Kalau pakatan rakyat ambil alih kerajaan persektuan, habislah negara kita. Keadaan negara akan jadi kecoh seperti insiden 13 Mei.
menubuhkan kerajaan dengan cara melompat parti?
tak best la macam tu.
kenapa tak tunggu je PRU nanti.kan cara itu lebih molek lagi sihat.
dicanangkan 30 orang yang mnyertai tapi setakat ni 3 orang je.bekas ahli
UMNO lak tu.kalo memang ahli UMNO dan tambah lak yang ada dalam MT masuk PKR itu lain cerita la.
Ini lah yang dikatakan mengambil alih kerajaan dengan cara yang tidak demokratik.
Mula-mula bagai nak rak buat press statement yang ada 30 wakil rakyat akan melompat ke dalam PR. Tapi sampai sekarang belum ada pun satu yang melompat. Pada halnya sebelum tu Anwar terjerit-jerit memberi tau satu negara yang ada 30 akan melomat tak lama lagi.
Sekarang ni Anwar bising tentang lain perkara lain pula.
Bila lagi nak selesai?
Post a Comment