+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 24, 2008

Sedia jual Mercedes


SEORANG anggota Exco Terengganu, Dr. A. Rahman Mokhtar tiba dengan kereta Mercedes E200 Kompressor untuk menghadiri Mesyuarat Exco di Kuala Lumpur semalam.


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia menjual semula semua 14 buah kereta jenis Mercedes E200 Kompressor kontroversi yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sejak awal minggu lalu.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said berkata, sekiranya Kabinet melarang Exco dan pegawai kanan Terengganu menggunakan kereta tersebut, penggunaan Proton Perdana V6 Executive akan dikekalkan.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan Pusat harus menanggung kerugian sekiranya kerajaan negeri terus menggunakan Proton Perdana V6 Executive kerana kos penyenggaraannya yang tinggi.

“Kalau suruh jual kita akan jual tetapi buat masa ini kita masih tidak tahu apa yang akan dilakukan dengan kenderaan tersebut.

“Tetapi kerajaan negeri sudah tidak sanggup menanggung kerugian lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kerajaan Terengganu membincangkan pembelian kersemua kereta bernilai RM3.43 juta di Kuala Lumpur semalam.

Kabinet pula turut membincangkannya semalam bagi menentukan sama ada pembelian itu melanggar dasar kerajaan mengenai penggunaan kereta nasional oleh kementerian dan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sehingga petang semalam tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung masyuarat Kabinet itu.

2 comments:

Unknown said...

hmm...

"pelik" dengan tindakan Datuk Ahmad Said.beliau kata kos penyelenggaraan tinggi untuk Perdana V6 tapi yang menariknya MB Perak kata beliau akan terus pakai V6 dan kos penyelenggaraan jauh lebih murah berbanding di Terengganu.

ada sesuatu yang tidak kena disini dan BPR pula bakal meneliti keadaan di Terengganu.kita tunggu hasil siasatan nanti macam mana.

Unknown said...

sangat tak masuk akal.
Mula-mula cakap nak tukar pergi merc sebab v6 mahal kos penyelenggaraan tapi sepatutnya Datuk Ahmad Said dah tau tentang peraturan kerajaan pusat. Tapi dia beli juga merc tu?
Cuba Datuk explain sikit.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |