+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 24, 2008

Nama jalan Georgetown jejas BM

Malaysiakini

Jul 24, 08 1:27pm

PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown dengan alasan ia "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia".

"Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."

Dr Mujahid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, menyifatkan keputusan menambah bahasa-bahasa Cina dan Tamil di papan-papan tanda bandar raya itu "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Lagipun sejarah budaya pada sesuatu tempat telah diserapkan dalam budaya kita dan nama yang digunakan walaupun dari perkataan dari bahasa lain, ia tetap menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan.

"Oleh itu tidak perlu untuk menuliskannya dalam bahasa selain yang diterima pakai oleh bahasa kebangsaan," katanya.

5 comments:

Unknown said...

tak pasti bagaimana mahu memberi komen kepada tajuk artikel ini.jadi saya lebih mahu menyentuh kepada pro dan kontra.

pro - menunjukkan keharmonian bahasa dan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.tambahan di Malaysia masih
ramai juga di kalangan kaum Cina dan India(terutamanya golongan tua) yang kurang memahami bahasa melayu.

kontra - mungkin terpaksa mengelurkan perbelanjaan yang banyak kerana papan tanda terpaksa diubah.juga usaha menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadi "cacat" sedikit.

tapi apapun,bergantung la kepada keperluan.kemungkinan ada banyak lagi pro dan kontra yang tak nampak.kalau dirasakan perlu,maka teruskan.jikalau tidak,batalkan sahaja.

Unknown said...

tapi bukan kah dulu manifesto Pakatan di Penang dulu untuk meletak nama2 jalan dalam Bahasa Cina dan India? bantahan PAS ni bermaksud yang di antara kalangan2 komponen PR dulu memang tak pernah bincang sebelum mereka membuat janji2 dalam manifesto mereka, atau sebab yang mereka dulu memberikan janji2 yang ingat tak payah mengotakan? sebab memang tidak pernah ready nak betul2 jadi kerajaan dulu.

Unknown said...

Eh, bukan kah hal ini menjadi salah satu daripada agenda perjuangan DAP semasa pilihan raya? dan sekarang PAS nak bantah pula.. Nampak nya memang sah parti-parti kat dalam PR tu masing2 buat kerja sendiri tanpa berbincang sesama sendiri.

Unknown said...

kenapalah fikiran PAS ni sempit sangat..macam mana pulak nama2 jalan dalam bahasa lain menjejaskan Bahasia Melayu?

Mr Joker said...

link baru ke blog perisik rakyat - http://perisik-rakyat.blogspot.com/
yang dulu dah kene C4 dekat penggodam...kah kah kah

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |