|
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
Thursday, 24 July 2008 | |
Pengeluar kereta nasional, PROTON, berkata kos penyelenggaraan dan keberkesanan model Perdana V6 adalah munasabah dan sederhana berdasarkan kepada rekod-rekodnya. Walaupun kos bagi menggantikan kotak gear mungkin agak mahal, kemungkinan yang berlaku itu boleh dielakkan dengan menghantar kenderaan itu untuk pemeriksaan berjadual dan teratur di pusat-pusat khidmat yang diiktiraf dan dipasang dengan alat ganti tulen, kata PROTON dalam satu kenyataan hari ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu kerana kereta nasional itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh. Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun lalu. Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat kes itu kerana jumlah bayaran menyenggara kenderaan tersebut terlalu besar. “Kita sudah hantar pegawai untuk siasat kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Semalam, pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan negeri itu terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menyenggara kereta model itu sejak 2004 hingga sekarang. Kos senggaraan yang tinggi itu dijadikan alasan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bagi meluluskan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor untuk kegunaan Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan negeri Terengganu. Ditanya adakah siasatan BPR itu akan menjurus kepada peringkat pengeluaran invois dari bengkel dan mengenal pasti pekerja yang bertanggungjawab menghantar kenderaan-kenderaan itu untuk diservis, Shukri enggan mendedahkan cara dan bentuk siasatan BPR. “Biar kita siasat dahulu, selepas itu baru kita tahu ada penyelewengan atau tidak,” ujarnya. Shukri menambah, jika terdapat unsur-unsur penyelewengan, agensi itu akan menjalankan siasatan menyeluruh. Dalam satu senarai kos senggaraan yang dikeluarkan petang ini, kereta Perdana V6 Executive yang pernah digunakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan kos tertinggi senggaraan. Dalam tempoh empat tahun antara 2004 dan 2008, kereta Idris disenggarakan dengan kos RM235,123.08. Sementara itu, di Putrajaya, seorang lagi pegawai kanan BPR menyifatkan ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive kerajaan Terengganu itu. Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, BPR boleh menyiasat kes itu walaupun ia hanya tersiar dalam akhbar. “BPR tetap akan siasat... ada sesuatu yang tak kena,” katanya. |
2 comments:
Ada baiknya perkara ini cepat-cepat disiasat, sebab angka yang dikeluarkan semalam memang pelik. Terlalu mahal.
Mseti ada orang dah mula tak senag duduk.
Suruh je BPR siasat. Kos penyelenggaraan terlalu tinggi untuk kereta jenama tempatan.
ADUN terengganu boleh pakai kereta lebih hebat daripada kerajaan persekutuan? Hebat betul sampai lawan taukeh.
Post a Comment