Buletin Online
Ditulis oleh Editor |
Thursday, 03 July 2008
|
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk N. Parameswaran berkata akhbar Singapura perlu lebih berhati-hati atau berhemat dalam melayani dakwaan atau sindiran yang jelas mahu mencemarkan peribadi dan maruah personaliti penting Malaysia. Belia berkata mereka merupakan tokoh yang menentukan kekukuhan hubungan antara Malaysia dan Singapura, dengan merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan dalam tabloid Singapura,'Today', Jumaat lepas yang mencerca peribadi Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan itu bertajuk "Under fire - the "First Lady-in-waiting" dan ditulis oleh wartawan Jessinta Tan, memetik seorang yang bernama A. L. Tan dari Kuala Lumpur dan Agnes Teh dari Pulau Pinang.
Tan dan Teh dipetik dalam laporan itu sebagai memaparkan Rosmah adalah seorang yang berkeperibadian tidak baik. Parameswaran berkata Rosmah bukan orang biasa dan "cubaan untuk mewujudkan pendapat awam terhadapnya berdasarkan sumber seperti disebut di atas pastinya merupakan tindakan yang nakal dan tidak wajar."
Parameswaran berkata sejak beliau ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 2003, beliau telah bertemu dan berinteraksi dengan Najib, yang sering diiringi Rosmah dan kadang kala oleh anak mereka, dalam 15 lawatan ke republik itu, sama ada secara rasmi atau peribadi.
Tidak pernah beliau mendapati Rosmah bersikap seperti digambarkan dalam artikel itu, katanya dan menurutnya isteri Najib itu sentiasa bersikap mesra terhadap pegawainya dan beliau sendiri, dan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.
Parameswaran juga berkata dalam semua lawatan mereka ke Singapura, Najib mahupun Rosmah tidak pernah menyusahkan Suruhanjaya Tinggi dalam program lawatan peribadi mereka.
"Saya akan berasa amat sedih jika saya mendapat tahu bahawa pada tahun depan Datuk Seri Najib tidak akan menghadiri Dialog Shangri-La (acara tahunan yang diadakan di sini anjuran International Institute for Strategic Studies yang berpejabat di United Kingdom) yang telah beliau hadiri lima kali sejak ia diadakan, atau saya mendapat tahu bahawa keluarga Najib memutuskan untuk bercuti di tempat lain," katanya. Berikut disiarkan artikel berkenaan untuk tatapan ruangan Wanita@Nisa ini untuk diambil pengiktibaran
|
0 comments:
Post a Comment