+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 5, 2008

Saya sudah muak, kata Nurul Izzah

Malaysiakini

Jul 5, 08 4:58pm

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau sudah muak dengan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadap bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata anak sulung ketua umum PKR itu, beliau akan menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

nurul izzah 050407 talking"Saya sudah muak (dakwaan liwat melibatkan Anwar). Sepuluh tahun (keluarga) terpaksa menghadapi fitnah-fitnah sedemikian," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di ibunegara hari ini.

Menurut laporan Bernama, Nurul Izzah berkata, sungguhpun bapa serta keluarganya terpaksa sekali lagi mengharungi kemelut yang sama seperti 10 tahun lalu, namun ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

Nurul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh pembantu khas bapanya - Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia liwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Dalam laporan polis yang dibuat di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu, Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh Anwar dengan kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di
Damansara.

Nurul Izzah berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu dan berharap ia akan dilakukan secara terperinci serta adil kepada semua pihak.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |