+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 31, 2008

Baling Batu Tangan Sembunyi Dekat Belakang

kickdefella
“PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi,” – Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Dua bulan yang lalu, sebelum kenyataan di atas dibuat, wakil Pemuda UMNO memberitahu saya bahawa Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS membuat temujanji untuk bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Saya meminta seorang rakan dari sebuah akhbar untuk menghubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk mengesahkan maklumat itu. Setelah mendapat maklumat daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, wartawan tersebut menghubungi Ustaz Nasha.

Ustaz Nasha menafikan bahawa ada pertemuan sedemikian dan menafikan bahawa perlu ada pertemuan sedemikian tanpa mengetahui bahawa rakan saya sudah bercakap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Di dalam pertemuan dengan saya, rakan tersebut mengeluh, “kenapa pemimpin PAS sanggup berbohong?” Bagi saya Nasha boleh memberi seribu satu alasan untuk dia tidak bercakap benar tetapi bukankah Yang Berhormat Nasha juga yang menyelar rakan blogger saya kerana menulis apa yang di anggap sebagai ‘half-truth’.

“Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah…” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Seperti biasalah, Kickdefella akan mempertahankan hak Ustaz Nasharuddin untuk berbohong (tapi tentu Ustaz Nasha bukan kaki bohong) tetapi Kickdefella juga akan mempertahankan hak rakan blogger untuk menulis apa yang Ustaz Nasha kata sebagai “Half-truth”. Sikap Nasha seperti, ‘ana buat tak apa kerana ana buat untuk kepentingan parti, tetapi anta buat tak boleh.’ Apa yang Ustaz Nasha silap ialah, apa yang ‘anta’ itu buat adalah untuk kepentingan para pengundi yang telah mengundi PAS kerana mereka bencikan UMNO. Kerana mereka percaya pemimpin PAS bukan seperti segelintir pemimpin UMNO.

“Kick, ini dah dua kali Ustaz Nasha bohong tau, pertama dulu dia bohong pasal pertemuan dia dengan Tantawi di Singapore, mereka berbincang pasal Islam Hadhari lagi…”

Bagaimanapun, ke-belakang-an ini Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok mempertahankan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan berkata bahawa pertemuan itu adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Walaupun sebulan yang lalu dia pernah dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata,

“Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada,” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Akibat dari kedegilannya mempertahankan pertemuan yang pernah dinafikannya itu, imej PAS tercalar teruk di kalangan pengundi-pengundi mereka terutama dari kalangan yang bukan Melayu. Ustaz Nasha harus sedar bahawa majoriti undi yang PAS terima dalam PRU 12 datangnya dari pengundi yang bukan ahli-ahli PAS dan separuh dari majoriti itu adalah pengundi-pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

Seorang Ahli Parlimen bukan Melayu yang tinggal di Taman Tun memberitahu saya, sekarang ini begitu susah untuk dia membeli Harakah di Taman Tun kerana peniaga-peniaga India disitu sudah tidak lagi menjual Harakah.

Yang peliknya mengapa Ustaz Nasha mahu terus mempertahankan bahawa tidak ada salah bekerjasama dengan UMNO dalam soal Melayu dan Islam kerana yang sudah jelas lagi bersuluh, pertemuan Ustaz Nasha dengan Abdullah adalah pertemuan peribadi dan pertemuan itu dari awal lagi jelas berkisar kepada soalan perkongsian kuasa.

Hampir 100% undi yang UMNO terima di Semenanjung Malaysia adalah undi dari pengundi Melayu. UMNO masih parti terkuat di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam masih majoriti di Dewan Rakyat. Jadi apakah logiknya yang kita terdesak sangat untuk bercakap perpaduan Melayu dan Islam?

“It’s a matter of time before Abdullah reveals the detail of the meeting,” kata seorang Ketua Bahagian UMNO kepada saya. “When Abdullah does that, tak tahulah ana-anta you nak sembunyi muka ke mana,” bisiknya lagi. Ketua Bahagian itu berkata bahawa bila gagal usaha untuk menarik PAS ke dalam kerajaan BN, Abdullah akan menukar strategi dan menggunakan intipati perbincangannya dengan Ustaz Nasha bagi menghancurkan ikatan Pakatan Rakyat. ‘Segala yang sensitif’ akan keluar, katanya lagi.

“The best thing for PAS now is to come in open… bagitahu sahaja sebetul sebenar, pertemuan tu kan peribadi dan tak de kaitan langsung dengan keputusan Parti!” Saya hanya mampu mengangguk setuju.

Sekiranya PAS ingin sangat bekerjasama dengan UMNO, apa yang PAS perlu lakukan ialah bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan Abdullah. Bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan elit-elit UMNO yang sudah begitu banyak menjahanamkan negara.

Hanya kerjasama itu lah sebenar-benarnya kerjasama untuk kepentingan orang Melayu dan Islam dan kerjasama itu sudah tentu untuk kebaikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan tanpa mengira kerpercayaan agama.

PAS harus mulakan kerjasama itu secepat mungkin dengan menghentikan cakap-cakap soal PAS-UMNO tetapi kembali kepada isu sebenar yang membelenggu rakyat Malaysia.

Isu yang melibatkan kesempitan hidup akibat polisi-polisi Abdullah yang langsung tidak bijaksana.

Isu yang melibatkan maruah negara tergadai sekalian lama dibawah pemerintahan Abdullah.

Bekerjasamalah dengan ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKR dan DAP untuk menumbangkan Abdullah secepat mungkin sebelum rakyat akan terus menderita dan negara terus mencorot.

Di dalam waktu yang sama, PAS perlu memperkukuhkan kerjasama dengan PKR dan DAP supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat melaksanakan polisi-polisi yang baik untuk rakyat. Ini juga sudah tentu ‘satu kerjasama’ dengan ahli-ahli UMNO juga kerana ini dapat membantu mereka untuk lebih bersemangat menumbangkan Abdullah.

Bukankah itu tanggungjawab kita kepada negara ini?

“I run to PAS not to be with Abdullah, I am here to kick him harder! I thought together we can give that fatal overhead-flying-kick that will send the fella down under, forever”Sheih Kickdefella.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Percayalah, UMNO dan PAS tidak akan bergabung walau macam mana sekalipun. Syarat-syarat yang dikenakan oleh PAS adalah agak terlampau dan menggugat kesinambungan bangsa-bangsa yang lain.

Ini semua hanyalah gimik politik semata-mata. Ini juga salah satu langkah untuk menyedarkan PAS akan kepentingan kewujudan mereka di dalam politik tanahair kerana sebelum ini pengaruh mereka ditelan oleh DAP dan PKR yang dianggap menguasai mereka.

Unknown said...

Yeah! Ini semua hanya permainan politik semata. Mungkin juga permainan PAS untuk memberi signal kepada PKR dan DAP bahawa PAS wujud di dalam PR, bukan untuk dianaktirikan. Saya juga berpendapat mana mungkin PAS-UMNO akan 'bersatu' untuk bermuqabalah or apa jua pertemuan yang akan dilabelkan oleh pemimpin PAS. Syarat yang dikenakan oleh PAS juga memberikan maksud bahawa memang tidak akan berlaku pergabungan antara PAS-UMNO...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |