“Uncle Pet”, pakcik kepada Saiful Bukhari yang mengaku kononnya “diliwat” oleh Anwar Ibrahim hari ini mencabar “Raja Pet” untuk “bertumbuk” dengannya dimana-mana gelanggang. Lihat video dari Malaysiakini diatas.
Beliau tahu, cabarannya akan menyebabkan ramai orang marah dan jika rakyat bertindak diluar batasan undang-undang, sudah pasti tidak ada sesiapa yang boleh membantunya termasuklah Perdana Menteri, Timbalannya, menantu Perdana Menteri, “budak-budak” tingkat empat, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Tetapi mengapa beliau mencabar dengan gaya yang pasti menyebabkan ramai orang ingin melempangnya?
Jawapannya mudah.
Ini adalah satu tindakan provokasi.
Provokasi ini bukan ditujukan kepada Raja Petra kerana umum sudah mengetahui bahawa Polis pun sudah tidak mampu untuk mengekang penggendali laman web Malaysia Today itu. Provokasi ini ditujukan kepada penyokong-penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
“Uncle Pet” ini hanyalah umpan sama seperti anak buahnya Saiful Bukhari. Konspirator mahu kekerasan digunakan terhadap umpan mereka agar mereka boleh mengalihkan isu “penipuan tuduhan liwat” kepada isu keganasan penyokong Reformasi dan Pakatan Rakyat.
Jadi semua yang marah dengan “cabaran” Uncle Pet diminta bertenang. Sabar…. Jangan dilayan “Cacing Umpan” ini. Jangan terperangkap dengan “permainan lama” yang sering dimainkan ini. Ingat, SB-SB dibelakang “Uncle Pet”!
4 comments:
Uncle Pet diprovokasi oleh RPK yang mengeluarkan kenyataan tidak berasas, tiada bukti yang mengatakan Uncle Pet sodomy nephew dia. Pada saya, perbuatan itu agak melampau. Hanya kerana RPK mempunyai pembaca yang perlu dipuaskan tidak permaksud dia boleh berbuat sedemikian. Perbuatan tersebut melanggar etika seorang journalist.
Memang betul tiada bukti yang menunjukkan RPK telah mensodomi anak buahnya sendiri. Dah nampak sangat RPK nak cover-up muka dia di depan peminat-peminat dia. Pecah temberang orang katakan.
Unlce Pet patut saman terus RPK ini. Journalist sebegini hanya tahu membuat provokasi yang mencemarkan nama baik orang dan negara sahaja.
RPK ni buat kenyataan tak fikir dulu. Ikut sedap mulut je.
Nampak sangat dia ni suka mereka cerita, saja nak sensasikan blog dia.
Tapi ada juga orang percaya kat RPK ni kan?!
RPK tu memang melampau.Dia saja je cari pasal dengan buat kenyataan yang menuduh uncle Pet meliwat anak saudaranya. Siapa tak marah? RPK ni sepatutnya disaman je...
Post a Comment