+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 8, 2008

"Elak dari berlaku zalim" - MB Kedah

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Tue | Jul 08, 08 | 5:51:10 pm MYT

ALOR STAR, 8 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya setelah empat bulan mengambil alih teraju pemerintahan Kerajaan Negeri, satu Perhimpunan Bulanan Kakitangan Wisma Darul Aman telah diadakan di Dataran Wisma Darul Aman di sini pagi semalam.

Berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak banyak menyentuh mengenai pertanggungjawaban.

ImageKatanya, kekuasaan adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengambilnya dari sesiapa yang dikehendaki.

"Hal ini memberi ingatan kepada kita, apa sekalipun kebolehan dan kekuatan yang ada pada kita, penentunya daripada Allah SWT,"ujarnya.

Menurutnya, amanah itu mempunyai beberapa tingkat mengikut kedudukan seseorang. Kerana itulah manusia bertanggungjawab kepada Allah selain juga kepada rakyat.

"Allah memberi ganjaran kepada kita dari kebaikan yang kita buat. Allah juga menghukum kita dengan kejahatan yang kita buat," terangnya.

Ustaz Azizan menjelaskan bahawa, Allah telah memilih manusia untuk memikul amanah memerintah dunia berbanding mahkluk-Nya yang lain.

Tetapi tegasnya, manusia apabila memegang kekuasaan sering bersifat zalim dan kufur.

Jelasnya lagi, telah menjadi sifat semulajadi manusia tidak suka kepada kezaliman.

Dalam al-Quran dan sejarah manusia, terang beliau, tercatat pertembungan antara zalim dan adil.

Image"Bahkan dalam negara kita pun, masyarakat berbicara soal adil dan kezaliman. Biasanya orang memperkatakan keadilan dan kezaliman ini kepada kerajaan. Orang tidak sebut peniaga zalim atau pembalak zalim, tetapi orang menyebut kerajaan zalim kerana kerajaan memegang tampuk pemerintahan.

"Rakyat hidupnya berdoa untuk berada dalam keadilan, untuk itu perlu kita mengelak dari berlaku zalim," tegas beliau.

Pun begitu, menurut Ustaz Azizan, manusia adakalanya tidak menyedari perlakuan adil atau zalimnya yang terjadi tanpa disengajakan. Oleh itu, manusia diberi peluang membaiki diri melalui taubat.

Ustaz Azizan turut menyeru kakitangan kerajaan menunaikan tugas sebagai satu keluarga dengan penuh tanggungjawab dan seronok.

Jelasnya, tugas yang dilakukan juga merupakan satu ibadat.

Beliau turut mengingatkan agar prihatin terhadap setiap perkara yang diperkatakan rakyat sama ada berupa kritikan mahupun pujian.

Ujarnya, tidak harus hanya memandang kepada pujian kerana ulama tasauf menasihatkan bahawa pujian boleh membawa kepada sifat riak dan takbur.

"Sesiapa yang ada sifat riak di dalam hatinya walaupun sebesar zarah, dia tidak akan masuk syurga," ujarnya menerangkan maksud satu hadith.

Beliau turut menekankan tanggungjawab antara kakitangan dengan barisan exco dalam menyediakan perkhidmatan yang mesra rakyat dan bukannya menakutkan atau membimbangkan rakyat.

Selain itu, beliau juga menegur mengenai pengurusan masa dan waktu bekerja.

Pada himpunan berkenaan, Ustaz Azizan turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2007 kepada 18 orang kakitangan Wisma Darul Aman. - mks. _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |