Kemelut politik UMNO kini kian parah. Akibat kekalahan besar BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, akhirnya perangkap yang mereka pasang memakan diri sendiri. Umum masih ingat, bahkan sering diwar-warkan di media arus perdana tentang sikap Pakatan Rakyat terhadap kaum lain di negara ini. Nah, sekarang terbukti siapakah yang bermain dengan "api perkauman" sebenarnya. UMNO sendiri kini menerima tanparan hebat atas isu perkauman yang mereka mainkan ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu. Gara-gara terdesak dan menagih simpati rakyat akhirnya omongan yang tidak sedap didengar telah terpacul daripada mulut pemimpin UMNO. Kenyataan berbaur perkauman oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tatkala kempen pilihanraya baru-baru ini jelas memakan diri kini. Ungkapan yang tidak sedap didengar perihal "orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak yang sama seperti orang Melayu", kini menghangtkan lagi politik BN. Ramai pemimpin Cina dalam BN kini mula mendesak agar Ahmad dikenakan tindakan displin. Pemimpin utama MCA dan Gerakan kini, seolah-olah bimbang nasib mereka dalam pakatan BN kini. Akibat kenyataan biadap Ahmad itu, mereka kini merasa begitu tidak selesa untuk berkerjasama lagi dengan UMNO dalam BN. Terbaru Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon sendiri telah membuat kenyataan bahawa kedudukan mereka dalam BN akan dikaji. Mereka bukanlah parti "pak turut" yang hanya boleh menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Justeru itu kemungkinan besar bahawa Gerakan akan bersama Pakatan Rakyat semakin cerah kini. Melihat senario ini, maka kita yakin dan percaya bahawa 16 September bakal menjadi kenyataan. Sekiranya, UMNO gagal menangani permasalahan isu Ahmad Ismail dengan betul maka padah yang lebih besar akan menimpa mereka. Inilah dia realiti dalam politik kepartian yang berteraskan bangsa semata-mata. Ia berbeza dengan PKR yang berteraskan "rakyat" berbilang kaum dan PAS yang berlandaskan Islam. UMNO yang hanya memperjuangkan "Bangsa Melayu" akhirnya bakal karam dek kerana kebiadapan dan kesombongan pemimpin mereka sendiri. Kemarahan kaum lain kini semakin bersemarak, gara-gara kenyataan biadap Ahmad Ismail itu. Realitinya disini, sememangnya UMNO dan BN sudah menghampiri ke penghujung hayatnya. Kes Ahmad Ismail tatkala menjelang 16 September bakal menjadi satu "sejarah". Ahmad harus bertanggungjawab atas apa yang berliau lakukan. Sikap tidak mahu "memohon maaf" malahan menyalahkan pula pihak lain amatlah memalukan. Bukankah TPM Najib Razak sudah bersedia menghulurkan kemaafan bagi pihak Ahmad sebelum ini. Maka sepatutnya, beliau sendiri harus memohon maaf secara terbuka dan bukannya menyalahkan laporan media dan juga kenyataan pemimpin Cina dalam BN. Beliau jelas mempertahankan kenyataannya. Ini amat mengecewakan para pemimpin kaum Cina dalam BN itu sendiri. Ahmad tanpa rasa bersalah, malah disokong pula oleh UMNO Pulau Pinang dan Pak Lah sendiri untuk tidak memohon maaf atas ucapannya itu. Paling melucukan, beliau pula menyalahkan media atas perkara ini. Walhal media yang disalahkan itu adalah media berbahasa Cina yang biasanya mengeluarkan artikel yang tepat dan bernas. Sikap Ahmad ini, samalah juga dengan sikap MB Pahang Dato' Nan selama ini yang senantiasa menyalahkan media arus perdana. Apapun, "hikmah" disebalik ketelanjuran Ahmad ini bakal menjerumuskan kehinaan kepada UMNO sebagai tunjang pakatan Barisan Nasional selama ini. Mereka baru sedar bahawa perpaduan kaum yang dicanangkan selama ini hanyalah "retorik" semata-mata untuk meraih undi menjelang pilhanraya. walhal, hakikatnya puak-puak UMNO ini sememangnya menerapkan isu perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Lihat sahaja Kem Biro Tata Negara yang banyak didirikan di seluruh Malaysia. Selama ini memang BTN diwujudkan untuk menyemai semangat perkauman, cuma akhir-akhir ini sahaja ia menyemai pula semangat anti parti pembangkang dalam setiap program yang diadakan. [Apakah kes Ahmad Ismail ini bakl menjadi satu penyebab untuk parti kaum Cina dalam BN keluar serta menyertai Pakatan Rakyat 16 September ini. Jika benar, tahniah kita ucapkan kepada Ahmad kerana sungguh bijak bermain api, akhirnya membakar diri sendiri]
Kemelut politik UMNO kini kian parah. Akibat kekalahan besar BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, akhirnya perangkap yang mereka pasang memakan diri sendiri. Umum masih ingat, bahkan sering diwar-warkan di media arus perdana tentang sikap Pakatan Rakyat terhadap kaum lain di negara ini. Nah, sekarang terbukti siapakah yang bermain dengan "api perkauman" sebenarnya. UMNO sendiri kini menerima tanparan hebat atas isu perkauman yang mereka mainkan ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu. Gara-gara terdesak dan menagih simpati rakyat akhirnya omongan yang tidak sedap didengar telah terpacul daripada mulut pemimpin UMNO. Kenyataan berbaur perkauman oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tatkala kempen pilihanraya baru-baru ini jelas memakan diri kini. Ungkapan yang tidak sedap didengar perihal "orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak yang sama seperti orang Melayu", kini menghangtkan lagi politik BN.
Ramai pemimpin Cina dalam BN kini mula mendesak agar Ahmad dikenakan tindakan displin. Pemimpin utama MCA dan Gerakan kini, seolah-olah bimbang nasib mereka dalam pakatan BN kini. Akibat kenyataan biadap Ahmad itu, mereka kini merasa begitu tidak selesa untuk berkerjasama lagi dengan UMNO dalam BN. Terbaru Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon sendiri telah membuat kenyataan bahawa kedudukan mereka dalam BN akan dikaji. Mereka bukanlah parti "pak turut" yang hanya boleh menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Justeru itu kemungkinan besar bahawa Gerakan akan bersama Pakatan Rakyat semakin cerah kini.
Melihat senario ini, maka kita yakin dan percaya bahawa 16 September bakal menjadi kenyataan. Sekiranya, UMNO gagal menangani permasalahan isu Ahmad Ismail dengan betul maka padah yang lebih besar akan menimpa mereka. Inilah dia realiti dalam politik kepartian yang berteraskan bangsa semata-mata. Ia berbeza dengan PKR yang berteraskan "rakyat" berbilang kaum dan PAS yang berlandaskan Islam. UMNO yang hanya memperjuangkan "Bangsa Melayu" akhirnya bakal karam dek kerana kebiadapan dan kesombongan pemimpin mereka sendiri. Kemarahan kaum lain kini semakin bersemarak, gara-gara kenyataan biadap Ahmad Ismail itu.
Realitinya disini, sememangnya UMNO dan BN sudah menghampiri ke penghujung hayatnya. Kes Ahmad Ismail tatkala menjelang 16 September bakal menjadi satu "sejarah". Ahmad harus bertanggungjawab atas apa yang berliau lakukan. Sikap tidak mahu "memohon maaf" malahan menyalahkan pula pihak lain amatlah memalukan. Bukankah TPM Najib Razak sudah bersedia menghulurkan kemaafan bagi pihak Ahmad sebelum ini. Maka sepatutnya, beliau sendiri harus memohon maaf secara terbuka dan bukannya menyalahkan laporan media dan juga kenyataan pemimpin Cina dalam BN. Beliau jelas mempertahankan kenyataannya. Ini amat mengecewakan para pemimpin kaum Cina dalam BN itu sendiri. Ahmad tanpa rasa bersalah, malah disokong pula oleh UMNO Pulau Pinang dan Pak Lah sendiri untuk tidak memohon maaf atas ucapannya itu. Paling melucukan, beliau pula menyalahkan media atas perkara ini. Walhal media yang disalahkan itu adalah media berbahasa Cina yang biasanya mengeluarkan artikel yang tepat dan bernas. Sikap Ahmad ini, samalah juga dengan sikap MB Pahang Dato' Nan selama ini yang senantiasa menyalahkan media arus perdana.
Apapun, "hikmah" disebalik ketelanjuran Ahmad ini bakal menjerumuskan kehinaan kepada UMNO sebagai tunjang pakatan Barisan Nasional selama ini. Mereka baru sedar bahawa perpaduan kaum yang dicanangkan selama ini hanyalah "retorik" semata-mata untuk meraih undi menjelang pilhanraya. walhal, hakikatnya puak-puak UMNO ini sememangnya menerapkan isu perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Lihat sahaja Kem Biro Tata Negara yang banyak didirikan di seluruh Malaysia. Selama ini memang BTN diwujudkan untuk menyemai semangat perkauman, cuma akhir-akhir ini sahaja ia menyemai pula semangat anti parti pembangkang dalam setiap program yang diadakan.
[Apakah kes Ahmad Ismail ini bakl menjadi satu penyebab untuk parti kaum Cina dalam BN keluar serta menyertai Pakatan Rakyat 16 September ini. Jika benar, tahniah kita ucapkan kepada Ahmad kerana sungguh bijak bermain api, akhirnya membakar diri sendiri]
0 comments:
Post a Comment