+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, September 9, 2008

'Malaysia masih selamat' - Pak Lah

Berita Harian

Oleh Wan Hazmir Bakar
bhnews@bharian.com.my


KEPEMIMPINAN CONTOH: Abdullah bersama Najib, Ahmad Zahid (kiri), Amirsham, Zaid dan Mohd Sidek pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Putrajaya, semalam.

Kerajaan jamin kemelut politik tidak jejas keamanan negara

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi jaminan kepada duta dan perwakilan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bahawa kerajaan masih kukuh walaupun dibelenggu kemelut politik semasa.

Perdana Menteri juga menegaskan Malaysia masih selamat untuk pelabur serta pelancong asing dan kerajaan akan terus melakukan pembaharuan serta agenda pembangunan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

"Saya ingin memberi jaminan kepada kerajaan ini akan terus berkuasa dan kekal utuh dan bertekad melaksanakan apa yang dijanjikan dalam manifesto kami.

"Pada masa sama kami akan memastikan hubungan dua hala yang baik dengan anda. Jangan bimbang mengenai kami, negara ini selamat untuk pelabur dan pelancong," katanya di hadapan duta dan perwakilan negara OIC sempena majlis berbuka puasa di Wisma Putra, di sini semalam.

Menyentuh situasi politik semasa negara, Perdana Menteri mengakui beliau mendengar pelbagai kenyataan perwakilan asing mengenai Malaysia termasuk yang menyifatkan situasi sekarang adalah menarik, manakala sebilangan lagi yang bertanyakan apa yang sedang berlaku kepada Malaysia.

"Segelintir menyatakan mereka gembira datang ke sini. Ada juga yang memberikan reaksi mengenai keputusan pilihan raya umum lalu dan pilihan raya kecil Permatang Pauh,'' katanya.

Dalam ucapannya yang berterus terang itu, Abdullah mengakui pihaknya amat menyedari mesej diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu dan akan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Beliau menjelaskan kemerosotan prestasi kerajaan BN disebabkan banyak perkara yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum 2004 tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

"Saya menyedarinya. Jika pada 2004, kami menang dengan keputusan terbaik dalam sejarah tetapi dalam masa yang singkat kami mendapat keputusan yang terburuk," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |