Malaysiakini |
Nov 9, 08 10:21pm |
Pihak polis mula bertindak ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku dan bersedia untuk beredar. Sebelum itu, mereka mendengar ucapan ringkas dari beberapa ahli politik. 0rang ramai berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ,. Mereka hadir di padang itu untuk menyertai majlis memasang lilin. Ketika orang ramai berkumpul di Pusat Sivik itu, sepasukan anggota polis anti-rusuhan dan trak meriam air tiba di situ. Sejurus kemudian, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka. "Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan," kata Shukri ketika dihubungi. Menurut saksi, Pua dikasari dan ditolak masuk ke dalam Black Maria. Anggota polis juga dilihat mengejar orang ramai hingga ke dalam sebuah restoran yang terletak di hadapan Pusat Sivik tersebut. Majlis pasang lilin Mereka yang ditahan, dibawa ke balai polis PJ. Sekumpulan kecil berhimpun di luar balai sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang ditahan, sambil diawasi oleh sepasukan anggota polis anti-rusuhan.
Sebahagian daripada orang ramai di situ kemudiannya memutuskan untuk mengadakan perarakan mini dari padang tersebut menuju ke Dewan Sivik PJ, yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ. |
Monday, November 10, 2008
Polis surai perhimpunan, kira-kira 24 ditahan
Posted by
Sang Pemantau
at
11:57 PM
Labels: malaysiakini, perhimpunan rakyat, polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment